30 November 2010

Rumah Putih anggap Wikileaks penjenayah



WASHINGTON: Rumah Putih hari ini berkata laman web pembocor maklumat, WikiLeaks dan mereka bersekongkol dengan membocorkan ratusan ribu maklumat sulit diplomatik adalah ‘penjenayah dan ia tidak disenangi Presiden, Barack Obama.

Setiausaha Akhbarnya, Robert Gibbs, berkata mereka yang bertindak membocorkan lebih 250,000 maklumat sulit Jabatan Negara adalah ‘penjenayah paling utama’ dan terbabit dalam kesalahan yang serius.

“Ini adalah satu pelanggaran undang-undang yang serius, ia satu ancaman kepada individu yang memikul tugas dan menegakkan polisi luar negara,” katanya kepada pemberita.

Gibbs bagaimanapun berkata kebocoran maklumat sulit itu bagaimanapun tidak menjejaskan usaha global bagi mencegah kegiatan pengganas atau mempengaruhi polisi luar negara Amerika.

Katanya, beliau difahamkan Obama tidak begitu menggemari tindakan laman web pembocor maklumat itu yang mendedahkan secara terperinci mengenai negara dan pemimpin yang dianggap tumpuan dunia.

Beliau berkata, pegawai Amerika Syarikat kini sedang menjejaki indivisu atau kumpulan yang bertanggungjawab membocorkan maklumat rahsia diplomatik itu.

“Ketika ini memang ada siasatan mengenai kegiatan mencuri dan menyeludup maklumat sensitif dan rahsia,” katanya. – AFP

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese