29 November 2010

Raja Arab Saudi meminta US menyerang Iran!



Kerajaan Amerika Syarikat kini disifatkan sebagai tidak senang duduk berikutan kebimbangannya terhadap pendedahan demi pendedahan penyelewengan yang dilakukan oleh sebuah laman web, wikileaks.com yang memberi peluang kepada mana-mana individu untuk memuat naik sebarang dokumen penyelewengan yang melibatkan mana-mana pemimpin negara di dunia.

Sebelum ini Wikileaks mendedahkan kekejaman tentera US di Iraq serta pelbagai salah laku yang mendapat kecaman dunia. Kali ini tambah memeranjatkan apabila Wikileaks mendedahkan dokumen tentang beberapa pemimpin dunia arab termasuk Arab Saudi iaitu Raja Abdullah yang meminta Amerika Syarikat untuk menyerang negara Iran berhubung dakwaan isu nuklear negara berkenaan.

Beberapa hari ini dijangka lebih banyak lagi dokumen rahsia negara-negara berkaitan bakal didedahkan. Pengasas laman sesawang Wikileaks, Julian Assange berkata, setakat ini hanya 200 dokumen yang baru disiarkan daripada 251,287 yang telah diterima. MiLo SuaM

1 comment:

Anonymous said...

negara islam menghasut negara lain menyerang negara saudara seagama sendiri ???? ape sudah jadi ... inikah namanya islam ??? mane tidak agama lain menganggap islam itu ganas !! salah satu petunjuk bumi menghampiri kiamat !!

Islam tidak ganas !!! manakala penganutnya yg terpesong dari ajaran islam itu yg ganas ..

kerana nila setitik rosak susu sebelanga termasuk aku yg beragama islam .. sedih

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin