10 November 2010

Hakim luangkan masa sejam lihat kereta dipandu Aminulrashid



Hakim Mahkamah Sesyen di sini Latifah Mohd Tahar hari ini meluangkan kira-kira sejam melihat sendiri kesan tembakandan kerosakan pada kereta Proton Iswara berwarna putih yang dipandu Aminulrasyid Amzah pada malam dia mati ditembak, April lepas.

Ketua unit senjatapi dan kesan alat dari Seksyen Kriminalistik, bahagian forensik, Jabatan Kimia, Shaari Desa menyambung keterangannya dengan menunjukkan semua kesan tembakan, kerosakan pelanggaran dan kesan kerosakan lain yang terdapat pada kereta bernombor pendaftaran BET 5023 itu kepada hakim, pihak pendakwaan dan pembelaan.

Kereta itu sebelum ini berada dalam stor barang kes pihak polis dan ditunda ke tempat letak kereta mahkamah bagi membolehkan mereka melihat sendiri kesan-kesan tersebut seperti yang diterangkan Shaari dalam prosiding semalam.
Saksi ke-24 pendakwaan itu turut menunjukkan kepada Latifah, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar dan Idham Abd Ghani serta peguam M.Athimulan dan Salim Bashir ukuran lubang peluru yang menembusi cermin belakang dan tempat letak kepala kerusi pemandu menggunakan alat pengukur.

Semalam, dalam keterangannya Shaari memaklumkan bahawa terdapat 32 lubang dan lekukan peluru ditemui pada kereta tersebut yang turut mengalami beberapa kerosakan lain dan kerosakan akibat pelanggaran. Shaari memberi keterangan pada perbicaraan Koperal Jenain Subi, 48, yang didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid, 15, di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini, antara 1.10 pagi dan 2 pagi, pada 26 April lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun, dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. Aminulrasyid disahkan meninggal dunia akibat luka tembakan di kepalanya.
– BERNAMA

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese