27 November 2010

Dua Cabaran Besar PKR Terus Legasi Reformasi Negara



Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhadapan dengan dua cabaran getir dalam meneruskan legasi perjuangan reformasi di negara ini.

Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution Ismail menggariskan dua cabaran terbesar yang perlu dilalui oleh setiap ahli PKR bagi memperkuatkan parti.

Cabaran yang pertama ialah menghadapi kes Fitnah 2 terhadap ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diasak hebat oleh parti pemerintah dengan penggunaan segenap komponen kerajaan seperti kehakiman, polis dan lain-lain.

"Mana mungkin kita tak membicarakan kes fitnah 2 ke atas ketua umum kita, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Semua instrumen kerajaan digunakan," kata beliau dalam ucapan kata aluan Setiausaha Agung.

Beliau meminta semua ahli bersedia mempertahankan Anwar yang merupakan simbol reformasi dan tonggak Pakatan Rakyat.

"Tanggal 15 Disember percubaan nak gantung ketua pembangkang di parlimen. Usul ketua pembangkang tak boleh buat lawatan luar negara.

"Apakah kita akan berdiam diri? berpeluk tubuh? lawan tetap lawan!," seru beliau.

Cabaran kedua yang menurut beliau lebih besar dari Pemilihan 2010 yang baru dilalui parti ialah Pilihan Raya Umum akan datang yang dijangka berlangsung tahun hadapan.

Beliau mahu ahli parti bersatu tenaga dan bekerja sama bagi melangkaui pencapaian Pilihan Raya Umum ke 12 pada 2008 yang menyaksikan Pakatan Rakyat berjaya menafikan majoriti 2/3 BN dan merampas 5 buah negeri.

Kita berazam untuk menawan kembali perak yang cemerlang di bawah kepimpinan Datuk Seri Nizar Jamaludin. Kita juga berazam pertahankan kemenangan di Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan lagi," kata beliau.

Mengulas mengenai pemilihan 2010, Saifuddin menganggap ia berjaya walaupun diasak dan difitnah serta cuba disabotaj hebat oleh media dan ejen parti pemerintah.PKR mempelopori prinsip satu ahli satu undi yang memberi kuasa pengundian penuh kepada akar umbi bagi memilih pemimpin mereka.

Malah beliau mendedahkan seramai 24 ribu borang keanggotaan kini sedang diproses Sekretariat. - tvsnews

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese