TOKOH bergelar Pendakwah Sejuta Umat, Zainuddin MZ (gambar), dilaporkan bersumpah dengan nama Tuhan bahawa dia tidak pernah menyentuh, apa lagi memperkosa penyanyi dangdut Indonesia, Aida Saskia, lapor Agensi.
Kata Hafiz Syahnara, walaupun mengalami tekanan perasaan yang amat serius, Zainuddin memilih untuk tidak membuat sebarang komen. “Setakat ini beliau masih mahu bersabar dan menahan emosi. Kata Zainuddin, diam adalah pilihan terbaik untuknya,” katanya.
Ketika kali pertama mendapat tahu mengenai tuduhan Aida, kata Hafiz, Zainuddin bersumpah dengan nama Tuhan bahawa dia tidak pernah melakukan perbuatan seperti didakwa penyanyi terbabit. Sebelum ini, Aida dilaporkan bersungguh-sungguh mahu mengheret Zainuddin ke mahkamah dan memenjarakannya kerana enggan mengaku terlanjur satu ketika dulu.
Kata Aida, 26, tuntutan asalnya adalah mahukan Zainuddin meminta maaf dan mengaku salah atas perbuatannya meniduri artis berkenaan. “Saya mempunyai bukti mencukupi bagi menunjukkan dia memang memperkosa saya sembilan tahun lalu,” katanya.
2 comments:
Saya juga mengalami situasi yang sama bilamana adik kami yang bongsu yang sedang dalam perjalanan meminang gadis pilihannya menerima panggilan telefon dari seorang perempuan yang mengaku telah dinodai oleh adik saya itu.
Kami sangat terperanjat sehingga terpaksa berhenti di pertengahan jalan. Dalam soal ini kami bersepakat untuk kembali kepad hukum.
Dia yang menuduh, bawakan bukti yang dikehendaki syarak seperti empat saksi lelaki yang beriman menyaksikan perbuatan itu serentak dengan jelas dan terangnya. Sebab boleh jadi cerita itu dusta dan sangat aiblah mereka yang dianiayakan dengan cerita keji sedemikian!
Menurut hukum, maruah seseorang hendaklah dijaga mengatasi kepentingan mangsa yang kononnya menuntut keadilan itu. Kalau benar perempuan itu dirogol, bawakan bukti seperti yang islam mahukan, jika tidak jangan percayakan dia.
Allah maha mengetahui atas tiap sesuatu dan dialah yang akan menentukan hukuman kepada sesiapa yang bersalah di akhirat kelak. Yakinlah akan itu!
Cuba baca tafsir Ibnu Kathir atas Surah An Nur. Kalau kamu faham apa yang di tulis oleh Ibnu Kathir sudah tentu kamu tidak akan mengeluarkan cerita ini dalam blog kamu.
Post a Comment