26 October 2010

Ansari Cipta Gelombang Kebangkitan Rakyat Sabah- Wan Azizah



Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berbual bersama Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali sewaktu penamaan calon di Batu Sapi

SANDAKAN : Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yakin calon Pakatan Rakyat Ansari Abdullah mampu memberikan kemenangan dan gelombang kebangkitan baru rakyat Sabah walaupun berlakunya persaingan tiga penjuru Pilihan Raya Kecil (PRK)P185 Batu Sapi.

Wan Azizah menegaskan kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRK Sibu lepas menjadi inspirasi untuk membuat satu lagi kejutan besar di P185 Batu Sapi terhadap Barisan Nasional(BN) yang menganggap Sabah adalah 'deposit tetap' kini bakal berakhir.

Tegas Azizah walaupun berlakunya pertandingan 3 penjuru yang melibatkan calon Pakatan Rakyat, SAPP dan BN namun beliau yakin peluang untuk calon Pakatan Rakyat menang tidak boleh dinafikan.

"Saya rasa pilihan raya kecil ini yang ditakdirkan Pakatan Rakyat bertanding (Ansari Abdullah ) untuk mewakili Sabah dan memberikan satu makna perubahan permulaan perubahan di Sabah.

"Kita rasa bahawa,Insya Allah peluang kemenangan itu ada,dan kita mahu kitalah (Pakatan Rakyat) pembangkang bukan SAPP," Wan Azizah menyatakan demikian selepas proses penamaan calon tamat di sini kira-kira jam 11.30 pagi tadi di sini.

Tambahnya, peluang Pakatan Rakyat dalam PRK berhadapan dengan jentera BN tidak mudah tetapi di Sibu boleh mendapat kemenangan, jadi Insya Allah kali ini kita cuba dapatkan kemenangan.

Dalam pada masa yang sama calon Pakatan Rakyat Ansari Abdullah akan memberi keutamaan dalam soal kebajikan masyarakat Parlimen Batu Sapi khususnya kemudahan asas yang gagal disempurnakan dengan baik oleh kerajaan BN.

Isu-isu utama Pakatan Rakyat untuk pilhanraya kecil ini seperti semua maklum 60 peratus pengundi terdiri daripada kaum bumiputera Muslim, mereka adalah masyarakat yang terpinggir di tengah-tengah kota Sandakan.

Tegas Ansari Abdullah lagi, saudara-saudara boleh tengok keadaan yang daif di mana mereka tinggal, kemudian kemudahan asas telah gagal disediakan oleh Barisan Nasional selepas 47 tahun,Sandakan sehingga ke hari ini masih berlaku gangguan bekalan elektrik,gangguan bekalan air dan yang paling penting masalah keselamatan.

Sementara itu Pengarah Pilihanraya Keadilan Fuziah Salleh menegaskan pengalaman jentera pilihanraya di Sibu khususnya berhadapan pengundi pos akan digunakan sebaik mungkin.

Untuk PRK P185 Batu Sapi daftar pemilih tersebut mengandungi 25,582 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 24,047 pemilih biasa dan 1,535 pemilih pos.

Manakala Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia Shamsul Iskandar Mohd Akin menegaskan tugas dan peranan AMK akan mengkhusus kepada mendekati pengundi muda yang berani membuat perubahan yang perlu diberi perhatian.

Menurutnya AMK mempunyai strategi khas untuk mendekati pengundi muda di Batu Sapi yang mana infrastruktur penggunaan ICT masih di tahap minimum yang memerlukan pendekatan bersemuka bagi menarik pengundi muda memilih calon Pakatan Rakyat Ansari Abdullah.

Kini bermulanya kempen pilihanraya yang memakan masa 8 Hari apabila Khamis 4 November ini ditetapkan tarikh pembungan undi.

Isu yang soal kemiskinan,keperluan asas dan pembangunan dijangka akan mewarnai kempen selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini semasa pengumuman mendakwa kerajaan BN Sabah gagal menangani keperluan asas bekalan air dengan baik. TVS

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese