17 September 2010

Siasat Dakwaan Pegawai Polis Cuai

Parti Islam Se-Malaysia PAS menyokong jaminan yang diberikan oleh Ketua Polis Negara Datuk Ismail Omar untuk mengambil tindakan terhadap pegawai polis yang cuai apabila laporan kehilangan yang tidak siasat dengan serius. Ini adalah merupakan ujian awal ke atas Ketua Polis Negara yang baru.

PAS memandang berat dengan kenyataan yang mengatakan ada laporan kehilangan tidak disiasat dengan serius. Jika ini berlaku ia adalah amat malang kepada rakyat Malaysia, kerana institusi yang menjaga keamanan rakyat dan negara telah mengabaikan tanggungjawabnya. Kehebatan polis Malaysia menangkap penjenayah di negara ini jangan dimalukan. Sehingga orang mendakwa kecekapan polis Malaysia, boleh menangkap penjenayah dalam masa yang singkat sahaja, kalau penjenayah tersebut masih berada di dalam negara ini.

PAS mengharapkan supaya pegawai yang cuai terhadap laporan yang dibuat terhadap beberapa kes pembunuhan dan menghilangkan mangsa oleh kumpulan mafia ini mesti disiasat sama. Apa makna laporan dibuat jika siasatan tidak dibuat dengan cara yang serius.

PAS tidak mahu lagi melihat akan ada lagi pembunuhan bersiri seperti yang berlaku kepada Allahyarhamah Susilawati dan tiga yang lain. Sekarang rakyat tertanya-tanya kenapa tindakan pantas tidak dibuat sebelum ini seperti mana tindakan pantas terhadap kematian Allahyarhamah Sosilawati Lawiya.

Sebelum ini sudah ada laporan kehilangan seorang jutawan India, Allal Kathan Muthuraja, 34, yang dilaporkan hilang di Malaysia, 18 Januari 2010 selepas menemui suspek di Banting atas urusan perniagaan. Sumber berkata, suspek itu juga dikatakan terbabit dalam pembunuhan seorang wanita bernama T Selvi, 44, yang juga isteri kepada pemilik bengkel di hadapan rumahnya, tahun lalu. Mangsa dikatakan dibunuh selepas berselisih faham berhubung pinjaman sejumlah wang dengan suspek utama, seorang peguam bergelar Datuk.

PAS tidak mahu negara ini dikuasai oleh “mafia” yang menganggu ketenteraman negara dan keharmonian rakyat di negara ini. PAS mengharapkan segala laporan yang pernah dibuat kepada polis mengenai kehilangan misteri perlu diselongkar kembali, pegawai yang terlibat perlu disiasat untuk menjaga maruah institusi polis. Jaminan daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar amat-amat dialu-alukan supaya negara selamat daripada mala petaka buruk. InsyaAllah selepas ini kita tidak mahu lagi mendengar ada aduan kehilangan orang awam yang tidak diambil perhatian dengan serius.

Ustaz Idris Hj Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

5 comments:

Kakzakie Purvit said...

salam,

Biarpun di dunia mereka telepas ingatlah di akhirat kelak balasan akan diterima. Mereka yang mengabaikan tanggung-jawab diberi pasti menerima balasan mungkin sebelum menemui ajal lagi.

Ya-Allah bukakanlah hati mereka yang dipengaruhi dajal laknat itu kepangkuanMu. Amin....

Unknown said...

Salam,
1.Ana sangat bersetuju....

2.Cuma anta perlu lebih terbuka dalam sesuatu isu...tak kira sama ada isu tersebut bersangkut atau tidak dengan kepentingan kita..

3.Sebagai contoh...kisah beberapa ahli UMNO yang terlibat dengan kes-kes jenayah dijaja sehinggakan seolah-seolah semua ahli UMNO terlibat sama..

4.Tapi bila seorang peguam hindu, ahli seumur hidup DAP,banyak menyumbangkan harta bendanya utk kegiatan DAP, Peguam HINDARF melakukan jenayah gila..kenapa dianggap soal individu..

5.Rakyat semakin bijak dan melihat tingkah laku kita...

adibeta,
kubang kerian,kel
layarbiru15@gmail.com

Anonymous said...

jangan percaya sebarangan. India peguam dua beradik itu bukan ahli seumur hidup DAP! nampaknya andalah yang menjaja nama buruk parti tertentu di sini.Dalam malaysiainsider, T,murugiah seorang pemimpin kanan MIC pernah mengakui Datuk ini ada memohon menjadi ahli MIC iaitu ahli BN. Datuk ini juga pernah membiayai beberapa program kemasyarakatan diantaranya membiayai cenderamata utk kaum orang asli di Selangor.

Umum mengetahui seseorang dengan status datuk selalunya ada hubung kait dengan orang kenamaan dan ahli politik BN. jika tidak ada link dengan mereka jangan harap dapat status datuk. Siapakah diantara pemimpin DAP yang baru naik berstatus datuk? Cuba beritahu!

Anonymous said...

Jawab adibeta, jawab

Anonymous said...

Disarankan semoga nanti bila kerajaan PR memerintah dpt memberi keutamaan yg lebih tinggi pada anggota PDRM ini amnya anggota beruniform pada GAJI, OVERTIME dan ALLOWANCE mereka maka pegawai2 tersebut akan berkerja serajinnya dan tidak akan menerima "RASUAH" dan cuai dlm menjalani tugas2 mereka. Bayangkanlah sehari sontok mereka bertugas wlpun "bekerja shift" tapi tanpa "overtime" dan "allowance" yg tinggi maka mereka berasa bosan dan meleka2kan tugas mereka. Sekiranya diberi "overtime" udah pasti mereka bertugas dgn cergas dan rajin mana mungkin mereka dpt lepak2 di kedai kopi dan kopi house. Malu kan kalau mereka tak bertugas sdgkan "overtime" dapat?
Tak percaya? cuba bandingkan pekerja2 syarikat swasta dan pekerja2 kerajaan? Kerana gaji, overtime dan allowance yg tinggi maka pekerja2 syarikat swasta sentiasa rajin dan patuh pada tugas2 tanpa pengaruh "rasuah" mereka hidup mewah dan gembira wlpun selepas bersara.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese