Polis hari ini menggeledah pejabat firma guaman milik peguam bergelar Datuk di sini bagi mencari bukti penglibatannya dengan kes penipuan hingga membawa kepada pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.
Sepasukan polis dilihat tiba di pekarangan firma guaman, yang terletak di Jalan Kemboja 33, Off Jalan Sultan Alam Shah di sini kira-kira pukul 10.45 pagi, namun beredar lima minit kemudian apabila gagal membuka pintu pejabat berikutan kunci yang tidak sesuai.
Polis kemudiannya dilihat kembali ke firma itu kira-kira 30 minit kemudian bersama seorang lelaki, yang berpakaian lokap warna ungu, dipercayai peguam bergelar Datuk itu.
Peguam berumur 41 tahun itu merupakan seorang daripada lapan suspek yang ditahan bagi membantu siasatan pembunuhan kejam Sosilawati, 47, bersama pemandunya, Kamarudin Shansuddin, 44, pegawai CIMB Bank Cawangan Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38,dan peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.
Selepas lebih satu jam berada di firma milik suspek, polis dilihat membawa keluar peralatan seperti CPU dan beberapa dokumen sebelum membawa keluar suspek dari pejabat itu kira-kira pukul 12.30 tengah hari.
Laporan sebelum ini menyebut, firma guaman berkenaan merupakan lokasi terakhir semua mangsa dilihat sebelum dibunuh dan dibakar di ladang milik suspek, dan abunya dibuang ke sungai berhampiran.
Firma itu difahamkan menjadi lokasi urus niaga suspek dan mangsa. — Bernama
3 comments:
Di harapkan Polis telah menggunakan prosidur yang betul dalam merampas komputer.
Ini kerana merampas terus komputer membuatkan banyak lagi maklumat yang tertinggal semata komputer itu 'online' akan terbuang dengan sia sia.
Seeloknya komputer itu di biarkan dalam talian dan penyiasatan dibuat disitu juga untuk mengesan sebarang ikatan dalam talian dari komputer komputer tersebut.
Ini adalah yang pernah saya terbaca dalam satu artikel luar negeri mengenai penyiasatan keatas komputer.
Mudah mudahan keadilan di tegakkan.
nak tanya, raja mana yang beri Dato pada pembunuh tu, muda-muda lagi dah diberi gelaran dato. Raja-raja pun janganlah pemurah sangat anugerah dato. macam senang dapat aje ?
Ya diharap pihak PDRM arif tentang IT sebab important documents tak diachive di hard disk tapi disavedkan ke Pen Drive dan burndisc dia. Yang ada di hard disk tu cuma template jer..
Post a Comment