19 September 2010

Pertandingan PKR; Rafizi Ajak Calon Amalkan Adab Berjamaah



- Elak Budaya Pemilihan Umno
KEMAMAN - Ahli Majlis Pimpinan Pusat (AMPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli, mengajak calon-calon yang bertanding dalam pemilihan parti tersebut mengamalkan 'adab-adab' berjamaah bagi menjaga keharmonian parti dan silaturrahim sesama 'adik-beradik'.

Menurutnya, walaupun 'berlawan' dalam pemilihan itu pada November nanti, janganlah perkara remeh-temeh dan peribadi menjadi senjata untuk berkempen.

"Sebab itu saya minta, terutamanya teman-teman dalam parti (PKR) kita kena berhati-hati, kadang-kadang pertandingan itu nsama adik beradik tetapi terlampau sengit, sampai kita kadang-kadang terlampu berkira dan terlebih batasan, banyak orang perkatakan benda yang ta manis,

"tapi saya rasa adab berjamaah, sesama adik beradik itu kita kena jaga, walaupun kita berlawan, janganlah perkara remh temeh, yang 'below the belt, yang 'personal' ini, kita gunakan,"katanya.

(Gambar - Rafizi menghadiri rumah terbuka sempena Eidul Fitri anjuran MTD Chukai, 17 September)

Beliau berkata demikian ketika mengulas kejadian 'lapor melapor' kepada pihak polis yang telah berlaku dalam Cabang Indera Mahkota, Kuantan, dalam menghadapi suasan kempen pemilihan PKR.

Beliau berkata, sekiranya tidak ada batasan, pertandingan dalam pemilihan parti itu akan menjadi pertandingan peribadi, bukan lagi pertandingan idea.

Oleh itu, menurutnya, rakyat diluar parti yang memerhati perjalanan pertandingan itu tidak boleh dipersalahkan apabila mereka menggunakan konotasi, pemilihan PKR semacam ada 'budaya pemilihan UMNO'.

"Akhirnya, (apabila serangan peribadi) kita gunakan, itu yang akhirnya pertandingan itu jadi 'personal', bukan lagi pertandingan idea, bila pertandingan menjad 'personaliti', dia akan jadi lbih sengit dan kurang manis,

"bila itu berlaku, itu yang orang luar pun...... kita tak boleh salahkan orang luar (memberi tanggapan pemilihan PKR macam pemilihan Umno),"jelasnya.yang ditemui pada Majlis Rumah Terbuka, sempena Eidul Fitri, dirumahnya, Chukai, dekat sini semalam

Justeru, beliau menjangka pertandingan pemilihan PKR pada tahun ini adalah sengit kerana menurutnya, kini PKR lebih dikenali dan lebih ramai yang ingin menyumbang dan bertanding merebut jawatan.

Keadaan itu beliau sifatkan adalah suatu keadaan yang baik.

Namun, katanya, sekiranya kempen dalam pertandingan itu terlalu sengit dan 'tidak bertempat', beliau berpendapat, pihak luar samada pihak media atau merka yang menjadi pemerhati patut memberi peringatan kepada PKR.

"Lagi ramai orang brtanding, lagi bagus, maknanya kita (ada) ramai orang yang ingin menyumbang, cuma masing-masing kena faham adab berjamaah, jangan kita buat sesuatu yang gayanya seolah mirip budaya di sebelah sana (parti Umno),

"yang itu memang, kalau wartawan ke, (kalau) orang luar nak beri peringatan itu kepada parti, patut diberi peringatan,"katanya. BO

1 comment:

Anonymous said...

mcm mana nak jaga adab jamaah...sebab PKR bukan jamaah Islam!

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese