12 September 2010

Lokasi kejadian bunuh/bakar Datuk Sosilawati Lawiya


Suspek kes Sosilawati bongkar lagi kejadian culik-bunuh


Gambar: Seorang suspek kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tigayang lain ketika dibawa ke Balai Polis Bukit Jalil hari ini.

Polis turut menyiasat beberapa kes culik dan bunuh berdasarkan keterangan yang diberikan oleh suspek-suspek kes Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki lain yang didapati dibunuh dan dibakar.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Bakri Zinin berkata, empat suspek pertama yang ditahan Jumaat lalu mendedahkan mereka terlibat dalam kes yang sama tahun lalu.

“Kami sedang menyiasat keterangan mereka,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Daerah Banting di sini hari ini.

Tiga lagi orang ialah pemandu Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Mereka dilaporkan hilang sejak 30 Ogos semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.

Laporan akhbar hujung minggu lalu mendakwa kehilangan Sosilawati Lawiya bersama tiga individu terbabit dipercayai didalangi seorang ahli perniagaan bergelar “Datuk” yang dikatakan individu terakhir yang ditemui jutawan kosmetik itu ketika urus niaga tanah di Banting pada 30 Ogos lalu.

Difahamkan, ahli perniagaan terbabit yang dikatakan mempunyai ramai kenalan di kalangan orang kenamaan, dipercayai berperanan sebagai broker dalam urus niaga tanah bernilai RM4 juta di Pulau Pinang itu.

Ahli perniagaan itu dipercayai mempunyai banyak petunjuk bagi membantu siasatan kes, termasuk mengesan lokasi keempat-empat mangsa disembunyikan.

Dia dikatakan pernah terbabit dalam kegiatan penipuan jual beli tanah, dipercayai didalangi sindiket terancang.

Malah, beberapa laporan polis pernah dibuat terhadapnya sebelum ini berkaitan urus niaga tanah.

Pagi tadi, pasukan forensik polis memasuki kawasan sebuah ladang pertanian bersepadu di Tanjong Sepat dekat sini bersama-sama dengan sekurang-kurangnya dua suspek yang dipercayai terlibat dengan kehilangan empat mangsa terbabit.

Menurut seorang anggota polis, mereka memasuki sebuah kawasan yang terletak kira-kira 100m dari jalan utama kawasan berkenaan, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan pengasas syarikat kosmetik Nouvelle Visages (NV) itu.

Pasukan forensik turut ke sebuah restoran, terletak kira-kira empat kilometer dari ladang itu untuk menjalankan siasatan.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memberitahu pemberita di Kuala Lumpur bahawa polis percaya kes itu dapat diselesaikan segera berikutan penangkapan sekurang-kurangnya empat lelaki. -TMI

32 comments:

boi said...

setan!!! ko bunuh anak2 melayu yg berjaya jd lawyer, akauntan, businesswoman!!! mmg ko setan

Anonymous said...

jangan marah.....kita kan rakyat Malaysia ada undang2nya dan sebagai orang Islam kita kena redha atas apa yang berlaku. Jangan marah. Isytifar banyak2. Jangan sebut anak2 melayu. kita kan rakyat Malaysia. Bermaaf2anlah sesama kita. Al-fatihah untuk mereka yang dibunuh.Amin

islam melayu said...

harap sebelum Dato kafir tu kena gantung, harap Gelaran datuknya tu ditarik..memalukan

Anonymous said...

Negara kita 1 Malaysia sepatutnya semakin tua usianya sepatutnya semakin aman damai, ini tidak hampir hari2 ada kes pembunuhan dan kematian dari kes buang bayi hinggalah kes bunuh dan bakar
Penjenayah2 makin bermaharajalela,
Dgn adanya ketua PDRM baru..diharap lah terbentuknya undang2 baru pada sesiapa yg tak sayang dan tak suka Msia maka kerajaan Msia berhak menghantar balik penjenayah2 itu ke NEGARA ASAL NENEK MOYANG mereka (tidak kira wlpun mereka punya Mykad), sebab apa guna tinggal di Malaysia kalau nak buat huru hara. Kalau sayangkan Msia sepatutnya mereka sebagai pendatang harus sedar dan hormat akan keharmonian berkongsi tinggal di bumi Malaysia
"Saya Anak Malaysia"

rima0923 said...

selamba je muka suspek.tiada reaksi takut pun. syabas pdrm

Anonymous said...

wah BEST lah kalau semua "pendatang" dihantar pulang ke negara asal masing-masing.. tinggallah kami ORANG ASAL menetap di sini... yahoo..pulangkan tanah nenek moyang kami..

Anonymous said...

engkau yng pendatang lah,....org asli ialah ork bumiputra...jangan cakap sebarang...nanti lidah kau dipotong

Anonymous said...

Kamu cakap pendatang asing tapi kamu pun bukan asal usul juga kita semua juga pendatang ada kamu menyelidik mengenai sejarah asal usul kita sebenar kah

Anonymous said...

tidak perlu mengadili sesama sendiri biar lah TUHAN YANG MENENTUKAN NYA DIA LAH SEGALANYA

Anonymous said...

ehmmmm 1 malaysia la buat org sama rata so bebas nak buat sesuka hati.....jangan lupa kita nie org melayu....sekarang bangsa asing nak menguasai kita ingat laaaa jangan lupa hayati laaa lagu warisan....

Anonymous said...

1 malaysia berhak bersuara tapi hati hati nanti kena penjara bukan semua kita boleh bersuara sesuka hati

Anonymous said...

Kalau semua kaum pendatang sudah dihantar pulang, penjenayah yang tinggal ialah Melayu macam Mone Fendi akan sembelih Melayu. Takpa asalkan Melayu sembelih Melayu.Hukumnu harus

Anonymous said...

Malaysia seharusnya contohi kerajaan Negara Brunei...negara Melayu yg berdaulat aman damai dan kaya raya...mane ada Pendatang Asing berani angkat muka pada rakyat Brunei dan bermaharajalela buat jenayah .....asal buat jenayah Pendatang Asing akan tetap dihalau keluar dari Negara Brunei dan
kita sebagai anak melayu kaum bumiputera seharusnya bangga pada diri kita sendiri yg menuntut kemerdekaan Malaysia bukannya Pendatang Asing yang didewa2kan sekarang...ini lah akibatnya kacang lupakan kulit ataupun umpama melepas buaya tersepit

Anonymous said...

Malaysia seharusnya contohi kerajaan Negara Brunei...negara Melayu yg berdaulat aman damai dan kaya raya...mane ada Pendatang Asing berani angkat muka pada rakyat Brunei dan bermaharajalela buat jenayah .....asal buat jenayah Pendatang Asing akan tetap dihalau keluar dari Negara Brunei dan
kita sebagai anak melayu kaum bumiputera seharusnya bangga pada diri kita sendiri yg menuntut kemerdekaan Malaysia bukannya Pendatang Asing yang didewa2kan sekarang...ini lah akibatnya kacang lupakan kulit ataupun umpama melepas buaya tersepit

Anonymous said...

mmg setan punye setan dowg ni.xsedar diri btl la.cbe klu peguam tu plak kne ugut bnuh n kne kbas harta die sume,bru la die ade akal. slama ni pn mmg kerja die bnuh org n mkn duit org yg dibunuh 2.knpe dlu xde kes.tp bile mlibatkn sosilawati ni brula ade kes.sbb sosilawati ni ade name.mmg syabas utk pdrm.

arman1974 said...

nak salahkan sape,yg kene bunuh/si pembunuh??.nak sgt glamer,cpt kaya dgn cara black market.dah tau datuk tu penipu,samseng,pembunuh cari jg org cmtu.xkn laa si sosilawati ni x siasat latar blkg datuk india tuu, mustahil...berurusniaga dgn org x kenal.kes ni xkn tjadi kl jd bisnes woman yg berakal,berfikiran.dhtu gi bawa duit bnyk2 buatpe.van security yg bawa duit seribu pun gigil,siap pasang bodyguard berpistol. nak urusniaga pun biarlah scr rasmi, tulaa org melayu bila kaya sikit hilang arah,lupe yg mane intan yg mane kaca,yg mane kawan yg mane lawan.yg halal haram ntah laa... cukuplah dgn kekayaan yg tuhan bagi,jgn tamak.. harta dunia.

Anonymous said...

Hahahaha kalau lah sisetan Peguam tu masuk MIC dan menang pilihanraya..habislah satu persatu Datuk2 dan YB2 BN dibunuh dan dibakarnya..entah2 dibinanya kilang memproses kari tepung Daging Manusia...
Siapa sangka dgn senyuman manis dan kelembutan suaranya dia bagi charity pd anak2 yatim dan jadi panel utama diTV1 kononnya dia perhatin terhadap jenayah dan issue2 semasa yg melanda remaja Msia rupa2nya dia sendiri Datuk Pembunuh berseri
Dasar tak sedar diri..dahlah cari makan di Malaysia...pergilah balik India...buat kacau saja tinggal di Malaysia

Anonymous said...

Jangan salahkan perompak dan pembunuh itu dah tugas rasmi mereka kerana mengumpul harta sebanyak mungkin
yang salahnya org2 Melayu sendiri asal berduit sikit..dah megah show2 kereta mewah, handbag, kasut, cermin mata dan pakaian berjenama berbeda dgn org2 Cina mahupun org2 India..mereka tetap low profile..berselipar jepun gi bank kluar RM700,000.. sedangkan org2 Melayu...mak dui..tergelek2 dgn kasut high heel,handbag dan cermin mata mereka tapi kluar wang cuma RM2000..minta maaf ya..tegur sikit

arman1974 said...

jangan ingat ahlong tu cina je, india pun ade...kan dah kene bunuh. ramai lg orang melayu yg bole kita buat rakan niaga, berjihad dlm perniagaan sesama melayu/islam.ini cari orang......??!! lu pikir la sendiri. tp xpe laa itu urusan status orang kenamaan, kita yg xde nama ni biarlah hidup sederhana, tp biarlaa berakal,berilmu..hidup umno!!

Anonymous said...

kalau nak hantar semua ke tempat asal mereka thn melayu kena balik indonesia...

Anonymous said...

Rakan semua,
bila baca komen di atas, sy rasa unsur perkauman sdh bermula. Itu yg kita nak elakkan sbnrnya. walaupun dlm kes ini, beberapa kaum terlibat tp jgnlah menjadi kpd punca perbalahan kaum pulak. Nnti lain kes pulak yg timbul. kita kan baru smbut Merdeka dan Raya.... apapun, syabas PDRM. Jalankan tugasmu berkhidmat utk negara.

Anonymous said...

Sokong 100% supaya penjenayah2 yg tidak suka tinggal dan sayangkan negara Malaysia dihantar balik ke negara asal nenek moyang mereka, ini bukan soal perkauman tapi dasar penjenayah2 yg tidak sedar diri. Sekiranya mereka mndpat hukuman ringan ataupun terlepas dari hukuman sudah tentu mereka akan tubuh team baru yg lebih kuat lagi maka adalah sebaik2nya mereka dihalau keluar dari M'sia. Penjenayah2 melayu..buang negeri lah..biak dia org rasa macam mana kena "buang".
Al-fatihah untuk Datuk Sosilawati dan rakan2 yang dibunuh. Semoga roh2 mereka berempat ini dicucuri rahmat dari Allah s.w.t...

Anonymous said...

kita sebagai rakyat tiada hak untuk menghalau mana -mana kaum kera ianya akan meninggalkan kesan mendalam sebagai contoh cina dan india keluar malaysia malysia jadi indonesia part 2!!!!!!!

raj said...

kurang ajar btul kau org ni...islam ajar cara nak hormati kaum dan jasa org lain. klau takde pendatang asing kat negara ni org melayu masih mundur duk atas pokok...macam jakun..klau takde persaingan jadi malas dan lembap macam lembu yg kau orang makan tu....kes sbb manusia jadi binatang ni tak kira kaum macam melayu bapa rogol anak sendiri...mane ade macam ni kat kaum lain??

Anonymous said...

Kesian kt mrk yg dibunuh oleh si bedebah tu sblm ni. Bila Sosilawati dn rakan2 kena, barulah yg kes sblmnya diambil berat. Hanya disbbkan mrk tak terkenal spt Dato Sosilawati. Pdrm ingatlah, trkenal ke tak terkenal ke, kan sama2 manusia, rakyat Malaysia jgk. Jgn pandang ringan je hanya disbbkan mrk takde title. Astaghfirullah, moga Kau khatamkan aku dgn khusnul khatimah..

Anonymous said...

Kesian bpd mrk yg jadi mangsa setan tu sblm ni. bila Dato Sosila dan rakan2 jadi mangsa barulah kes mrk yg lain tu terbongkar. Kenapa sblm ni tak disiasat betul2? Sbb mrk takde title Dato ke atau sebab mrk tak terkenal? Punyalah ramai yg dah kena. Pdrm kena ingat, ada title ke takde title ke, famous or not, kan sama2 manusia. Kalau dulu lagi dah ambilkira mungkin ramai dapat diselamatkan. Astaghfirullah...khatamkanlah aku dengan husnul khatimah.

arman1974 said...

bukan sbb title dato/kenal-xkenal tp sbb media yg kepoh sgt.kl aku buat x tau je..buat pe nk kepoh2 bukannye dato s ni kenal aku.aku pn x kenal dia lantak leer.

Anonymous said...

Alahai..........
sudah2lah kita nk nunding jari kt org lain.kita kena ingt,1 jari kita nunding kt org lain, 4 jari lg nunding kt kita...kita kena redha la apa yg dah jd.itu 1 pengajaran buat kita supaya lbh berhati2,brtgjwb,insaf dgn apa yg jd.tak kira la sapa pn kita, pe yg pntg kita ni dr keturunan adam dan hawa jer.x da yg lain.so kita kena la sayang-menyayangi antara satu sama lain bkn bermusuh-musuhan.yg salah ttp akan dapat balasan.kalo terlepas di dunia,di akhirat nt akan dibalas.kepada keluarga mangsa pembunuhan kejam,anda harus redha dan bykkan berdoa.hidup mesti diteruskan.kepada rakyat malaysia,marilah kita membantu mereka x kira sapa pn mereka.

Anonymous said...

Siapa kata bangsa Melayu mundur dan dok atas pokok macam Jakun?
Ada nampak Negara Brunei? contoh terbaik 100% Melayu memerintah Negara Melayu terkaya di Asia Tenggara,top 10 terkaya didunia Aman Damai takde pun kacau bilau, takde pun dera dan pukul mahupun rogol org2 gaji maka Bendera Negara Brunei megah berkibar!!!!!
Jakun Senoi sepatutnya kaya raya sbb Malaysia adalah bumi sah milik mereka..sedar sikit oiiii

Anonymous said...

Korang perasan x tmpt last sosilawati stop tok mkn tu restoran cina..aku tgk dlm surat khabar minggu lepas lah..apa pun takziah lah tok family yg berkenaan..

Anonymous said...

kepada semua yang sedang membara hati,saya pun rasa sakit hati juga,tapi apa yang dah jadi kita kena belajar dan lebih berwaspada dan jauhhi dari ancaman.dimana jua ada kejahatan.dalam semua kaum pun ada macam-macam jes kejahatan kita tak perlu tunjuk jari kepada sesiapa,kalau selidik takda siapa pun betul 100%.Kini Malaysia sedang bermaju oleh itu bayak yang boleh berlaku.Kita rakyat malasia setiap orang kena sedar diri sendir.Biar polis menagkap sesiap yang jahat dan hakim jatuhkan hukuman dan Tuhan yang Mahakuasa tindak keseluruhannya.etaip kaum ada berusaha dalam pelbagai car untuk majukan malaysia bukan satu kaum sahaja.jagan kita salahkan semua orang atau sebuah kaum hanya disebabkan atau melibatkan seorang penjahat.Kalau selidik semuanya baru kita tahu semua kaum pun ada kes tapi cuma ada yang kita tahu dan ada yang kita taktahu.Cuba kita tengok pendatang Indonesia yang berleluasa di negara kita juga banyak melibatkan kes kerompakan kecurian dan lain-lain lagi apa kita nak kata.Oleh saya jangan kita wujudkan masalah perkauman sayang antara satu sama lain membanteras kejahatan di Malaysia.Kalau unsur perkauman mula bila pun masalah tidak akan reda.Oleh salah seorang individu jangan salahkan semua orang.Rakyat Malayia tolong jangan salahkan sebuah kaum hanya disebabkan oleh seorang individu.Biar Tuhan menghukum penjenayah pasal tulah kes ini kita diketahui kalau tidak kita tidak akan tahui bilapu.Oleh kita sama sama bersatu jadikan Malaysia negara yang aman dengan mendudkui pelbagai kaum.Sebelum ini perkara begini tidak berulang tapi kiini negara kita sedang maju oleh kita nampak kejahatn untuk membanteras.Oleh jangan ungkit perkauman dan jadi seperti negara lain.Mana negara pun ada kejahatan bukan Malaysia saja cuma insan tersebut kena insaf itu dan kita semua sedar diri sendiri.

arman1974 said...

melayu mudah lupe..

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin