04 September 2010

Gambar Fitnah; DAP desak MCMC Bertindak



Party wants MCMC to probe doctored picture of Guan Eng

DAP akan membuat aduan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia ( MCMC ) pada minggu hadapan keatas gambar 'fitnah dan rekaan' yang menunjukkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sedang menyembelih seekor lembu korban.

Setiausaha Publisiti kebangsaannya Tony Pua berkata MCMC harus mengambil tindakan terhadap pengkhianat yang bertanggungjawab menerbitkan gambar 'fetnah dan rekaan' itu.

"Tindakan mesti daimbil keatas pengkhaianat yang menerbitkan foto -foto palsu yang mencemarkan nama baik Lim, " katanya dalam sidang akhbar di pejabat Lim di Komtar 3 September.

Dalam gambar rekaan itu, wajah Lim adalah ditumpangkan pada gambar bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang sedang menyembelih seekor lembu korban pada Hari Raya Haji .

Sehubungan itu Pua mengutuk MCMC yang mengambil tindakan terhadap seorang editor sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris Irwan Abdul Rahman @ Hassan Skodeng kerana menerbitkan sebuah komentar cereka melibatkan Tenaga Nasional Bhd.

Pua berkata MCMC juga sepatutnya mengambil tindakan terhadap mereka yang menerbitkan sebarang bahan yang mempunyai kandungan berbahaya.

Mengulas lanjut, beliau berkata Blog Irwan, nose4news.wordpress.com , telah memaparkan dengan jelas penafian yang menyatakan bahawa artikel tulisannya adalah parodi dan rekaan, namun MCMC masih mengambil tindakan.

"Namun, foto-foto fitnah dan rekaan Lim yang diterbitkan dengan niat jahat dan tidak mengandungi sebarang penafian apapun,

"Justeru MCMC harus mengambil tindakan terhadap pengkkhianat yang menerbitkan gambar tersebut,"tegasnya.

Lim setiausaha politik dan ahli parlimen Komtar Ng Wei Aik telah mengemukakan laporan polis mengenai peredaran gambar mengubati .

3 comments:

j3bat said...

Kalau mengikut Islam pihak PAS yg menyatakan UMNO membuat fitnah wajib menunjukkan buktinya, harap dapat ditunjukkan bukti secepat mungkin.

Dosa fitnah ini amat besar.

Anonymous said...

sempena bulan ramadan mulia ini, aku harap allah kabul kan permintaan DAP semoga MCMC buat siasatan.

Anonymous said...

menuduh orang memang senang...
sertakan bukti la kalau betul.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese