09 September 2010

Campurtangan KDN, PAS Desak Kerajaan Bertindak



BESUT - PAS Kawasan Besut menaruh kebimbangan yang mendalam dalam soal keselamatan negara di saat wujudnya suatu situasi yang amat serius melibatkan pelanggaran di bawah bidang kuasa Ketua Polis Negara di bawah syeksyen 4 Akta Polis 1957.

Oleh itu, PAS Kawasan Besut mendesak satu siasatan bebas dilakukan terhadap kenyataan terbuka yang dibuat oleh Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berhubung wujudnya campurtangan pihak Keselamatan Dalam Negeri (KDN) dan pihak-pihak berkepentingan dalam urusan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Yang Dipertua PAS Besut Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad (Gambar - ditengah) berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas beliau membuat satu laporan polis berkaitan perkara berkenaan.

Menurutnya, campurtangan tersebut dilihat boleh menjarakkan lagi keyakinan dan kepercayaan masyarakat dan rakyat terhadap kewibawaan pihak PDRM dalam melaksanakan tanggungjawab secara bebas, telus dan adil apabila wujudnya tangan-tangan ghaib dari kalangan golongan politik berkepentingan yang bertenggek kepada kuasa kerajaan yang memerintah.

"PAS Kawasan Besut melihat campurtangan ini juga merupakan sebahagian daripada episod yang melingkari wajah sebenar proses transformasi yang diwar-warkan oleh PM sehingga rakyat dipaksa percaya sedangkan kekarutan dan penipuan mewajahi perjalanan urustadbir sebuah negara.
.
"Arahan-arahan berkepentingan khususnya dari kelompok ahli politik telah membentuk satu trend yang di luar kawalannya sebagai orang nombor satu dalam PDRM. Bahkan ada pegawai-pegawai PDRM yang dikawal dan diberi pengarahan tanpa pengetahuannya.

"yang sekali gus tidak selari dengan arahan dan kawalannya sebagai Bekas Ketua Polis Negara. Implikasinya beliau berada dalam tekanan sehingga mengganggu bidang kuasa yang diperuntukkan kepadanya sebagai seorang Ketua Polis Negara,"jelasnya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam8 September.

Sehubungan dengan itu, katanya, PAS Kawasan Besut mendesak Menteri Dalam Negeri disiasat bagi memulihkan integriti dan kewibawaan PDRM dikacamata rakyat khususnya dan dunia amnya.

"Dengan tidak meletakkan suatu pertuduhan melulu dan membentuk sebarang spekulasi, PAS Kawasan Besut mencadangkan Kementerian Dalam Negeri dan Menteri Dalam Negeri disiasat bagi memulihkan integriti dan kewibawaan PDRM dikacamata rakyat khususnya dan dunia amnya,"tegasnya.

Selain itu, menurut Ustaz Wan Azhar, kerajaan wajar bertindak tegas keatas Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan sekiranya dakwaan beliau adalah bohong.

"Kerajaan wajar bertindak tegas bagi memulihkan imejnya yang semakin menjijik dan memualkan jika kenyataan Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara didapati berbohong dan sengaja mereka-reka sesuatu yang boleh memporakperanda dan mengucarkacirkan keselamatan negara,"katanya lagi.

Justeru, beliau menekankan betapa perlunya satu suruhanjaya bebas dibentuk untuk menyiasat dakwaan Bekas Ketua Polis Negara itu.

"Satu suruhanjaya bebas dibentuk untuk menyiasat dakwaan KPN bagi mendetaili isu ini sekaligus mengheret kerektor-kerektor yang mendominasi situasi keselamatan dalam negara melampaui bidang kuasa yang diperuntukkan,"katanya. BO

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese