Rusila, MARANG - Lebih 5,000 orang hadir ke Majlis Rumah terbuka Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abul Hadi Awang di perkarangan Masjid Rusila hari ini, 1 Syawal, 1431H
Pelbagai lapisan rakyat hadir ke Majlis yang diadakan sebaik selesai Tuan Guru, Dato' Seri Abdul Hadi mengetuai solat sunat Eidul Fitri selaku khatib dan Imam.
Dalam khutbahnya, beliau berpesan supaya umat Islam menjauhi syirik dan kembali kepada ajaran Islam sebagaimana yang dibawa oleh RasuluLlah SAW.
Menurutnya, dunia pada hari ini penuh dengan 'kesakitan' yang disebabkan oleh tangan-tangan manusia sendiri yang tidak mengikut peraturan yang dituunkan oleh Allah SWT.
1 comment:
setakat 5000 yang datang amat susah pas nak ambil balik trengganu.tenggok orang keputrajaya 100000,pastinya pas/pakatan rakyat bukan sahaja kena berkerja keras tapi kenalah jadikan sehari tu 48jam itu pun belum tentu dapat goncang tiang bendera bn/umno ditrengganu.
Post a Comment