31 August 2010

'Rempit Merdeka'



Beratus-ratus anak-anak muda yang menunggang dan membonceng motosikal menakluki persimpangan Semarak Jalan Sultan Mizan disini, yang dijadikan gelanggang, wadah mereka mengadakan sambutan 'Rempit Merdeka'

Mereka seolah-olah benar-benar merdeka! Apa tidaknya?

Segala undang-undang lalulintas dan peraturan jalanraya di abaikan,tidak dipedulikan.

Lampu isyarat apa jua warnanya, sama saja bagi mereka, samada hijau, kuning atau merah, mereka hanya berhenti atau sebaliknya, ikut suka mereka!

Bahkan kehadiran pihak penguatkuasa dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan kereta peronda polis, tidak langsung diendahkan malah menjadi guarauan oleh kumpulan muda-mudi bermotosikal, yang seolah-olah disetrang 'histeria' itu.

(Gambar - aksi 'willy' di persimpangan Semarak, Bukit Tunggal, malam diambang Merdeka. Mereka merayakan kemerdekaan 53 tahun dengan merempit) BO

1 comment:

Anonymous said...

ini baru mat rempit.pasangan yang bukan muhrim plak banyak di hotel2.hasilnya tunggu la 9 bulan lagi.lihat la di tong2 sampah,surau,masjid ,bas stop, n dimana-mana saja.apa la nak jadi kaum aku (melayu ) ni.kebayankan semua bangsa melayu.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin