06 August 2010

Pengurus Besar Sime Darby hadapi tuduhan rasuah



Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan dan Pelaburan Sime Darby Marine, Zamri Mohd Iderus pagi ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini berhubung kesalahan menjual maklumat konglomerat itu dan menerima suapan daripada seorang ahli perniagaan dua tahun lalu.

Zamri berhadapan dengan dua tuduhan masing-masing di bawah Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Seksyen 132(2)(b) Akta Syarikat 1965.

Mahkamah membenarkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin manakala pasportnya ditahan.

Ini kes pertama seorang pegawai pengurusan dihadapkan di mahkamah sejak Sime Darby dilaporkan mengalami kerugian hampir RM2 bilion ekoran kesilapan pelaburan dalam dan luar negara.

Zamri, sebagai ejen Sime Darby, dituduh menjual maklumat mengenai harga bidaan projek “copper nickel piping” kepada Kamarudin Hussin, yang mewakili Arrow Platform (M) Sdn Bhd, untuk tujuan mendapatkan keuntungan.

Dia didakwa menerima dua cek yang masing-masing RM50,000 dan RM49,000 daripada Kamarudin dan melakukan kesalahan itu di Warung Junction, Summit Hotel di Subang Jaya pada 7 November lalu di bawah Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997, yang membawa hukuman penjara tidak kurang 14 hari dan tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda suapan.

Pasukan pendakwa SPRM yang diketuai oleh Kevin Morais juga mengesyorkan tuduhan alternatif di bawah Seksyen 132(2)(b) Akta Syarikat 1965.

Zamri, 39, kelihatan tenang dan tidak mengaku bersalah atas kedua-dua tuduhan dan minta dibicarakan.

Tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Aznaniz Teh Azman Teh kira-kira pukul 9.30 pagi tadi.

Di bawah tuduhan kedua, Zamri didakwa “menerima keuntungan langsung” dengan menjual maklumat kepada Kamarudin di Sime Darby Complex di Subang Jaya.

Difahamkan Kamarudin tidak dikenakan tuduhan kerana pendakwa mahu memanggilnya sebagai saksi dalam kes Zamri.

Jika sabit kesalahan terhadap tuduhan kedua, Zamri boleh menghadapi hukuman penjara lima tahun, denda RM30,000 atau kedua-duanya sekali.

Zamri diwakili oleh Jasin Tay.

Berdasarkan kertas tuduhan, Kamarudin yang didakwa memberi cek-cek kepada Zamri, mempunyai kepentingan dalam Arrow Platform.

Syarikat itu membina komponen dalaman bagi platform minyak.

Hakim menetapkan 28 September ini untuk sebutan semula kes ini. The Malaysian Insider

2 comments:

Anonymous said...

satu tindakan yang positif daripada pihak SPRM. Jenayah rasuah merupakan satu jenayah yang agk sukar untuk dikesan. Saya percaya dengan berkat kesungguhan kes ini akhirnya dapat dibongkar dan dalang dibawa ke muka pengadilan. Tidak kisah samada nilai rasuah kesil atau besar, ikan jerung atau ikan bilis, namun yang penting, kesan dripada perbuatan rasuah itu sendiri. Rakyat serta negara tergadai dek keran rasuah serta tamak haloba. Syabas SPRM!

IbnAbdHalim said...

Baguslah ada tindakan terhadap rasuah. Tapi mana dia kes rasuah yang besar-basar yang melibatkan jutaan ringgit? Kenapa GM Sime Darby seorang saja yang kena? Untuk nak ucapkan syabas pada SPRM terlau awal. Teruskan dengan usaha tersebut dan rakyat hendak melihat buktinya dulu. Rakyat tak nak lihat kes kantoin ditengah jalan.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese