14 August 2010

Obama ucap selamat berpuasa kepada umat Islam



Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengucapkan selamat berpuasa kepada penduduk Islam di AS dan di seluruh dunia sempena bulan Ramadan.

Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton turut memberi ucapan sama kepada penduduk Islam AS dan di seluruh dunia dengan ucapan `Ramadan Kareem’.

“Kita semua harus ingat dunia bagaimana yang kita mahu wujudkan dan perubahan yang ingin kita lakukan harus bermula daripada dalam hati dan juga pada masyarakat kita sendiri,” kata Obama dalam kenyataan yang dikeluarkan, semalam.

Sementara itu, Hillary pula dalam kenyataannya berkata: “Ramadan adalah masa yang sesuai untuk memeriksa diri serta berkongsi sumbangan yang diberikan oleh penduduk Islam AS untuk negara ini dan berjuta-juta yang lain menyambut bulan ini (Ramadan) dengan melakukan perkara baik kepada masyarakat Islam”.

Clinton akan menganjurkan majlis berbuka puasa secara bersama dengan berpuluh-puluh kedutaan di Washington, manakala Obama akan mengadakan majlis itu di White House. – AFP

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese