09 August 2010

Lagi Permohonan Anwar Ditolak



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memanggil Mohd Saiful Bukhari Azlan dan Timbalan Pendakwa Raya Farah Azlina Latif dalam kes konspirasi kedua terhadap Ketua Pembangkang itu.

Permohonan memanggil mereka sebagai saksi dibawa Karpal Singh berikutan hubungan romantis antara saksi utama dan Timbalan Pendakwa Raya itu mungkin menjejaskan perbicaraan kes berkenaan.

Karpal Singh menegaskan kenyataan Anwar dalam afidavit terhadap Saiful dan Farah berhubung pertukaran maklumat penting, bukan tuduhan semata- mata tetapi suatu fakta.

Katanya, Anwar memperoleh maklumat dari sumber yang boleh dipercayai dan ia ditegaskan melalui afidavit yang sehingga kini belum dibantah kedua- dua individu berkenaan.

Dua afidavit yang dibawa DPP Mohd Hanafiah Zakaria dan pegawai menyiasat, Jude Blacious Pereira pula sekadar menyangkal pengetahuan mereka mengenai hubungan tersebut dan kemungkinan wujud kebocoran maklumat.

Karpal percaya hanya dengan memanggil Saiful dan farah sebagai saksi dapat memberi pengesahan kepada mahkamah berhubung kedua- dua dakwaan berkenaan.

1 comment:

Anonymous said...

ya allah!! berikanlah kekuatan pada kami yang dizalimi dan dianiaya oleh pemerintah yang memperlekehkan hudud dan keadilan pada orang yang berhak.ya allah!!tiada upaya kami melainkan dengan kekuasaan engkau ya allah membantu kami.ya allah!! perkenankanlah permohonan kami.amin.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese