26 August 2010

Kilang Top IT, Pengeluar E-Book 'Bakal Runtuh'?



KUALA TERENGGANU - Kilang syarikat Top IT Sdn Bhd, anak syarikat kerajaan negeri Terengganu yang didakwa oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said sebagai pengeluar komputer bimbit untuk pelajar, E-Book, dibimbangi akan 'menyembah bumi'.

Kebimbangan tersebut disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Batu Burok, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dalam satu sidang media khusus yang diadakan dihadapan kilang tersebut, di Gong Badak hari ini 26 Ogos.

(Gambar - Dr Syed menunjukkan garisan yang dicat dengan warna hitam pada bangunan kilang Top IT merupakan retakan dan rekahan, kerosakan kekal yang mengancam nyawa seramai 67 orang para pekerja Top IT)

Beliau berkata, berdasarkan laporan audit yang dterimanya keatas syarikat Top IT Sdn Bhd, terdapat pelbagai kecacatan kekal yang berlaku pada dinding kilang syarikat tersebut, yang baru siap dibina.

Dengan keretakan dan kebocoran yang berlaku pada bangunan kilang Top IT menyebabkan kilang tersebut tidak memiliki sijil layak menduduk (CF). BO

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese