27 August 2010

Isu Khutbah Mendedahkan Kebodohan Umno



SETIU - Umno/BN membesarkan isu khutbah Jumaat yang melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kerana mereka tidak boleh menerima kenyataan bahawa Lim Guan Eng, seorang bukan Melayu dan bukan Islam, telah menolak judi

Menurut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu, Ustaz Zakaria Haji Ahmad, seorang pendakwah bebas telah mengaku dan menjelaskan beliau yang mendoakan Lim Guan Eng dalam khutbahnya.

Katanya, apabila Ustaz Zakaria mengaku, orang ramai khususnya rakyat Pulau Pinang menerima penjelasan Ustaz Zakaria kerana khalayak mengetahui beliau seorang pendakwah yang dikenali ramai.

Haji Mohamad Sabu berkata demikian dalam mukaddimah ucapannya dalam majlis ceramah Nuzul a-Quran dan Badr al-Kubra di Kampung Maras, Batu Rakit 26 Ogos. BO

2 comments:

Anonymous said...

Disebabkan oleh PAS yang pakar dalam bidang agama la orang kristian boleh guna kalimah Allah walaupun untuk tujuan menyebarkan agama Kristian, wakil rakyat bukan Islam boleh bagi ceramah dalam ruang utama solat, arak dan judi diperluaskan jualannya di Selangor, bergabung dengan UMNO jadi kafir tapi bergabung dengan DAP halal dan banyak lagi kebijaksanaan PAS dalam menguruskan hal ehwal agama di Negara ini.

jaipong said...

selama 52th umanok memerintah..apa yg dh dia lakukan..bersukurlah kita ada pembangkang yg tak pernah putus asa,walaupun diasak..diancam dgn pelbagai ancaman..sudah sampai masanya skrg pembangkang menjadi pemerintah..dan pemerintah skg(umanok)menjadi pembangkang..kita lihat apakah hasil yg dpt dia berikan..mudahan2 rakyat lebih terbela..ngra lbih makmur..jgn lupa pemimpin2 yg melingkupkan wang negara hendaklah dibawa ke muka pengadilan..

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin