18 August 2010

Bukan bunuh diri - Dr Pornthip

Dr Pornthip Rojanasunand Tiba Di Kuala Lumpur


Pakar patalogi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand mempertahankan pandangannya sebelum ini bahawa Teoh Beng Hock telah cedera sebelum jatuh dari Plaza Masalam dan bukannya membunuh diri..

Katanya, ia mungkin “seseorang meletakkan sesuatu di tengkuk Teoh atau menekan kepalanya ke atas sesuatu” sebelum beliau jatuh di bangunan Plaza Masalam, Shah Alam yang menempatkan pejabat SPRM Selangor.

"Saya mempertahankan pendapat saya sebelum ini bahawa kecederaannya berlaku sebelum jatuh. Saya tidak dapat sahkan dia sedar atau tidak semasa jatuh," kata Pornthip dalam keterangannya.

Beliau bagaimanapun tidak mahu lagi memberikan peratusan pendapatnya itu sebagaimana sebelum ini tetapi berkata, "Saya yakin ia bukan bunuh diri."

Pornthip juga berkata, kecederaan pada dubur mangsa adalah akibat dari benda tumpul yang dimasukkan ke dalamnya.

Pornthip memberikan keterangan di mahkamah koroner dalam inkues kematian setiausaha politik kepada Exco kerajaan negeri Selangor itu.

Penegasan ini dibuat Pornthip selepas bedah siasat kedua ke atas mayat Teoh Beng Hock selepas membuat keterangan sebelum ini yang mendakwa 80 peratus kemungkinan mangsa itu dibunuh dan hanya 20 peratus kerana bunuh diri.

Ekoran kenyataan pertamanya, mayat Teoh Beng Hock telah dibedah siasat sekali lagi. Hari ini adalah sessi penerangan oleh Pornthip selepas bedah siasat kedua itu.

Beliau mula memberi keterangan di bangunan mahkamah Shah Alam, jam 9.30 pagi di hadapan koroner Azmil Munthapa Abas. Mahkamah hari ini penuh sesak.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese