Lapan unit rumah pondok yang didiami pelajar Sekolah Pondok Terusan, Pasir Tumboh di sini musnah dalam kebakaran hari ini.
Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Penolong Penguasa Anuarrul Hakim Mohny, berkata ketika kejadian pada jam 12.12 tengah hari itu, sebahagian penghuni berada di masjid berhampiran kerana mengikuti pengajian.
“Empat jentera dengan 30 pegawai dan anggota berjaya mengawal kebakaran dalam masa 15 minit,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Rumah pondok Terusan, Pasir Tumboh yang didirikan menggunakan kayu gergaji terletak berhampiran antara satu sama lain, dan api mudah merebak jika berlaku kebakaran.
Anuarrul Hakim berkata, dua daripada rumah itu didiami dua keluarga manakala selebihnya didiami pelajar. Jumlah pelajar yang mendiami setiap pondok belum diketahui.
Punca kejadian dan jumlah kerugian masih disiasat. – Bernama
No comments:
Post a Comment