21 July 2010

Polis serbu ibu pejabat PKR


Raid on PKR HQ aborted due to warrant glitch

Pihak polis seramai 10 anggota telah datang ke ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat, Tropicana di sini untuk merampas komputer berhubung kes Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard.

Menurut petugas di pejabat itu, kedatangan polis tersebut tidak dimaklumkan.

Polis masih menunggu Chegu Bard dan keadaan itu memberi gangguan kepada pihak parti.

Katanya, parti juga bimbang data sulit akan dirampas ekoran tindakan polis itu.

Dalam pada itu, difahamkan Chegu Bard akan ke IPD Seremban jam 5.30 petang ini untuk menyerahkan kumputer ribanya kepada pihak polis.

Sementara itu, portal berita Malaysiakini melaporkan pihak polis membatalkan tindakan penggeledahan walaupun berjaya mendapat waran daripada majistret.

Ketua Komunikasi PKR, Johnson Chong berkata, beberapa orang anggota polis daripada ibu pejabat polis daerah (IPD) Seremban membatalkan perkara itu setelah didapati waran yang dibawa "rosak" dan "ada kesilapan teknikal".

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin