12 July 2010

'KEADILAN' Bongkar Lagi Dakwaan Penyelewengan Felda



Suara Keadilan: Lebih 400 naskah akhbar 'KEADILAN' terbitan Parti Keadilan Rakyat di bawah
Angkatan Muda di edarkan secara percuma kepada warga kota pagi tadi dengan liputan berita mengenai langkah Kementerian Dalam Negeri menggantung permit penerbitan Suara Keadilan sebagai tajuk
utama.

Selain itu 'KEADILAN' terus membuat liputan susulan mengenai dakwaan penyelewengan urus tadbir
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang menjadi asas kepada tindakan penggantungan oleh KDN .

Pengedaran akhbar tersebut dilakukan oleh Angkatan Muda KEADILAN di perkarangan Stesen LRT Masjid Jamek mulai jam 8:45 pagi yang diketuai oleh Ketua Penerangan AMK Pusat, Lee Kai Loon.

Pada sidang media Lee menyifatkan sambutan amat menggalakkan daripada ahli dan orang ramai apabila akhbar habis diberikan dalam tempoh dua puluh minit sahaja menunjukkkan bahawa rakyat menanti kemunculan akhbar rasmi KEADILAN di pasaran selain kecewa dengan tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyekat permit penerbitan akhbar Suara Keadilan.

"Hari ini AMK telah mengedar 400 naskah akhbar rasmi KEADILAN iaitu 'KEADILAN' yang mengantikan
Suara Keadilan, kita tahu permit akhbar terbit telah digantung permitnya. Apa yang berlaku hari ini kita
melihat sambutan yang diberikan terhadap akhbar terbabit amat mengalakkan.

"Kebanyakkan warga kota tertanya-tanya di manakah ingin mendapat akhbar tersebut di pasaran, mereka
juga bertanya adakah Suara Keadilan tidak akan di terbitkan lagi. Mereka kesal dengan tindakan KDN
yang menyekat penerbitan akhbar rasmi KEADILAN dan menganggap KDN bersikap pilih kasih kerana
tidak mengambil tindakan ke atas akhbar Suara

Perkasa yang secara jelas mempunyai unsur hasutan perkauman.

"Kita akan meneruskan penerbitan akhbar ini bagi menunjuk sikap kita sebagai parti yang inginkan
ketelusan dalam membongkar segala kepincangan mahupun penyelewengan di dalam pentadbiran
kerajaan Umno-Barisan Nasional . Kalau kita ingin menunggu akhbar arus perdana untuk menyiarkan
berita penyelewengan di dalam kerajaan sudah tentu jauh sekali, jadi inilah tujuan sebenar akhbar terbitan

Pakatan Rakyat seperti Suara Keadilan, Harakah mahupun Roket.

"Saya ingin memberitahu akhbar ini akan terus diterbitkan secara tidak berkala, KDN tidak boleh mengambil apa-apa tindakan kerana parti mempunyai hak untuk menerbitkan akhbar mereka. Kepada
pembaca dan penyokong KEADILAN mahupun Pakatan Rakyat, mereka boleh mendapatkan akhbar
tersebut di tempat biasa yang mereka perolehi," jelas Lee.

Sehubungan itu Ketua AMK Wilayah Persekutuan, Md Zaman Md Tasi menjelaskan sebagai sayap kepada parti KEADILAN, AMK bertanggungjawab untuk membuat penyebaran maklumat kepada seluruh
rakyat bagi memastikan rakyat mendapat informasi yang tepat.

"Kita bertanggungjawab untuk memastikan rakyat mendapat maklumat yang benar bukan berita yang
telah di putar belit seperti apa yang dilakukan oleh media arus perdana Utusan Malaysia.

"Apa yang kita lakukan hari ini merupakan satu gerakan awal AMK bagi menentukan setiap terbitan
akhbar 'KEADILAN' berada di tangan pembaca. Kerajaan patut sedar dengan kebebasan media dan
mereka sepatutnya tidak menyekat kebebasan kita sebagai rakyat Malaysia untuk bersuara, mendengar
mahupun menyampaikan maklumat.

"Kita tegaskan kepada Umno-BN walaupun terdapat kecaman dari KDN ataupun pemimpin atasan mereka kami tetap terbitkan akhbar tersebut, sebelum ini kami tidak pernah mendapat apa-apa permit untuk terbitan risalah dan ini bukannya merupakan sesuatu yang baru kepada kami.

"Kita akan pastikan seluruh rakyat di negara ini mendapat terbitan baru Keadilan, penerangan akan
dilakukan bagi menjelaskan penjenamaan baru Suara Keadilan kepada 'KEADILAN'. Kita tidak mahu rakyat terus tertipu dengan penyebaran maklumat yang dilakukan oleh akhbar arus perdana Umno-BN,"
katanya.

Turut membantu mengedarkan edisi Keadilan itu ialah Exco AMK Pusat, Ramlan Roes mendesak agar KDN bersikap adil dalam urusan mereka dan jangan terlalu mengikut telunjuk pemimpin Umno.

"Saya berharap KDN dapat bersikap profesional dalam urusan kebebasan media, KDN perlu adil terhadap setiap akhbar sama ada bagi bahasa Cina, India mahupun edisi Melayu dan yang paling penting adalah bagi akhbar parti. Kita mempunyai hak dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat, kalau ini pun hendak di kekang oleh kerajaan di manakah lagi tempat untuk kita teruskan informasi itu sampai kepada rakyat.

"Di Malaysia kita melihat akhbar mereka secara terbuka menfitnah Ketua Pembangkang, Datuk Seri
Anwar Ibrahim tetapi tidak ada satu pun tindakan mahupun amaran diberikan, tetapi jika ini dilakukan
oleh akhbar kita dengna segera tindakan diambil.

"Kami dari AMK menyokong penuh tanggungjawab yang diberikan oleh warga Suara Keadilan dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat, kami berharap mereka dapat meneruskan perjuangan walaupu mendapat tekanan dari KDN.

"Apa yang berlaku hari ini adalah sebagai satu sejarah walaupun KDN sentiasa memantau penerbitan Suara Keadilan tetapi hari ini kita berjaya mengedar empat ratus naskah secara percuma kepada warga kota," kata Ramlan.

Pengedaran akhbar terbabit dilakukan secara aman tanpa ada sebarang gangguan dab beberapa anggota polis yang berpakaian biasa turut berada di lokasi tersebut bagi memantau aktiviti pengedaran akhbar itu.

Warga kota dari semua kaum menyambut baik akhbar tersebut dan berharap ia sentiasa berada di dalam pasaran seperti biasa.

'KEADILAN' diterbitkan setelah KDN tidak mahu memperbaharui permit penerbitan lidah rasmi parti, Suara Keadilan yang tamat 30 Jun lalu.

2 comments:

Anonymous said...

buat la fitnah beb.. korang akan terima padahnya nanti.. ingat org malaysia ni tak sekolah ka.. cit..

Anonymous said...

hello anon 2.10pm,

sila nyatakan apa fitnahnya, lengkap dgn tarikh dan masa, edisinya. lu jgn ingat rakyat m'sia senang di perbodohkan dan buta maklumat mcm lu. sindri mau ingat ha.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese