14 July 2010

Akhbar Suara Keadilan, Harakah dan Roket tangguh penerbitan



Pakatan Rakyat Putuskan Henti Semua Terbitan Akhbar Rasmi Parti Sementara Waktu

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memutuskan ketiga-tiga akhbar rasmi parti - Suara Keadilan, Harakah dan The Roket dihentikan terbitannya mulai minggu ini sehingga mendapat keputusan rasmi daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Keputusan bersama itu dicapai pada Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang diadakah di parlimen petang tadi.

"Kita putuskan untuk hentikan penerbitan ketiga-tiga akhbar rasmi dari parti Pakatan Rakyat iaitu Suara Keadilan, Harakah dan Roket.

"Penangguhan ini di ambil sehingga kita mendapat keputusan rasmi dari KDN, Kita akan membuat satu pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bagi membincangkan masalah permit terhadap ketiga-tiga akhbar tersebut.

"Wakil dari ketiga-tiga parti di dalam Pakatan akan bertemu dan berbincang dengan Hishammuddin bagi mencari penyelesaian yang terbaik.

"Pada perjumpaan tersebut kita akan menjawab setiap persoalan yang ditimbulkan oleh KDN dan berharap tindakan segera ini boleh memyelesaikan kekusutan yang berlaku. Kita akan mengikut kesemua peruntukan yang ditetapkan, kita berharap pertemuan ini dapat disegerakan.

"Kita mahu penyelesaian yang sewajarnya diberikan oleh Menteri terbabit agar menunjukkan negara ini mengamalkan sistem demokrasi serta tidak menekan kebebasan media," jelasnya.

Tambah Anwar lagi pihak parti akan mengkaji semula tindakan yang bakal diambil minggu hadapan setelah penanggguhan penerbitan akhbar tersebut.

Ketika ditanya berkenaan dengan tindakan pihak polis ingin bertemu dengan Pengarang Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib, Anwar menjelaskan pihaknya tidak mempunyai masalah dan memberi kerjasama yang sepenuhnya.

"Kalau polis nak siasat itu hak dia dan kita akan bagi kerjasama, bagi saya banyak lagi kes jenayah yang belum selesai tetapi polis masih lagi menumpukan kerja mereka menekan Pakatan Rakyat," sambungnya. SK

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese