28 July 2010

18 Sukhoi Di Gong Kedak, Tidak Pernah Terbang


malaysiaberih

BESUT - Lapan belas buah jet pejuang Sukhoi yang diletakkan di Kem Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) Gong Kedak tidak pernah terbang sekaligus kerana mengalami masalah alat ganti.

Sumber dari pangkalan TUDM itu berkata, penerbangan jet pejuang yang dibeli dari Rusia itu tidak pernah mencapai sasaran yang ditetapkan sebanyak 70%.

"Hanya sekitar 40% sahaja dari 18 jet pejuang itu yang terbang pada satu-satu masa,"katanya, yang meminta identitinya dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan

Menurutnya, keajaan Malaysia melalui dua buah syarikat konsultan telah membeli pesawat tersebut dari Rusia, namun perolehan alat gantinya adalah dari pengeluar negara lain.

Oleh itu, beliau berkata ia seringkali menimbulkan masalah kepada penyelenggaraan jet pejuang itu.

Beliau turut mendedahkan, dua buah syarikat konsultan tersebut mendapat 'komisyen' tidak kurang dari 15% ketika pembeliannya dibuat.

TUDM menandatangani perjanjian untuk membeli 18 Su-30MKM bulan Mei 2003, selepas melihat secara dekat penggunaan pesawat tersebut oleh kerajaan India.

Dua pesawat pertama Sukhoi Su-30MKMs secara rasmi diserahkan kepada Malaysia di Irkutsk, Rusia pada 23 Mei 2007, dan kemudian tiba di pengkalan udara Gong kedak pada 21 Jun.

Malaysia mempunyai 18 Su-30MKMs dalam perkhidmatan, namun dilaporkan mempunyai masalah dengan sokongan Rusia untuk alat ganti pesawat tersebut dan terpaksa memperolehinya dari pihak lain.

Pada bulan September 2010, TUDM akan mengambil alih operasi pesawat tersebut setelah kontrak dua tahun bantuan teknikal, kejuruteraan dan penerbangan dari India dan Rusia tamat.

Pembelian Sukhoi menjadi kontroversi kerana kerajaan Malaysia membayar 18 buah Sukhoi dengan harga US$900 juta, (US$50 juta sebuah) sedangkan India membeli 40 Sukhoi dengan harga US$1.6 bilion, (US$40 juta sebuah) manakala Vietnam membeli 4 buah Sukhoi dengan harga US$100 juta. (US$25 juta sebuah). BO

11 comments:

Anonymous said...

Apa yang General TUDM buat? Siasat lah Panglima Angkatan Tentera yang sepatut nya merancang perkara tersebut semasa dia menjadi Timbalan Panglima Tentera UDARA dan menjadi Panglima Tentera UDARA.
Tak buat kerja punya general tetapi di lantik jadi Panglima ANgkatan Tentera pulak, malahan masa malaon ni jadi Panglima Tentera Udara lah Injin F5E hilang dan sampai sekarang tak tahu apa jadi.
Malaysia mempunyai PAT yang tak tahu buat kerja, cuai tahu tidor saje kot, dan ini lah akibat nya ada Sukhoi tetapi tak bolih buat apa.
Woi...Zahid Hamidi masih tidur lagi ke? Bila nak siasat siapa paksa sarjan Tharmendran dan siapa pukul dia atas arahan general ke? Siapa sebenar nya mencuri injin F5E? Takkan general yang curi atau anak general ke? Menantu general ke? cucu general ke? Atau minah cuci longkang ke? Pergi Fanbrough Air show tiap tiap tahun buat apa? habiskan duit rakyat je?
General oh general..... macam mana nak perang!!! perang dengan ayam sahaja lah TUDM.

wakdanial said...

ni mana dapat tau semua info ni?? mana bukti? setakat sembang kopi xyh dok gebang la dlm blog...rahsia kerajaan bukan sng2 nk leak...

wakdanial said...

anon..

hg xmau join askar ka??
jom perang sekali..
brothers in arm...
ka hg berani dok sembang lebat dlm blog ja...?

wakdanial said...

anon..

hg xmau join askar ka??
jom perang sekali..
brothers in arm...
ka hg berani dok sembang lebat dlm blog ja...?

Anonymous said...

wakdanial cuba lah pergi ke Gong Kedak atau kamu tak tahu di mana Gong Kedak....hehehe cerita apa ke rahsia!!!
Nak perang dengan siapa wakdanial? dengan ayam pun mungkin kalah?
Kamu tak bodoh tetapi diperbodohkan atau memang kamu tak tahu langsung?
kesian wakdanial!!!

Anonymous said...

pala hotak kau la pandai2 buat fitnah..ape korang ni cia ke mossad terer sgt cari info...tp biasala org pas n pkr ni memang kaki hasad, fitnah, jahat, dengki, ati busuk, contoh bos korang Mampos omar tu..ni sume sama la tipikal fitnah kata scorpene x leh menyelam..wei cibai la korang

Anonymous said...

Kah kah kah...

Kesian...sedih...sayu....

Hg tnya cmna leh leak??

Awt hg x gtau sai pa enjin jet yg besaq gedabak kna curi???

Mklumat tntra x leh leak kunun......piiiraaaaahhhhhhh!!

Anonymous said...

Ini bukan cerita fitnah mangkuk hayun!!!
Yang leak kan cerita enjin kena curi tu Panglima Angkatan Tentera sendiri so don't be an idiot!!! Tanya la general the tip of the iceberg.....
Cuba tanya beli scorpene untuk apa? Orang bangang macam hampa saja yang tak reti. Macam mana nak guna benda tu!!!
Woi... jangan nak tipu melayu lah kalau awak nak jadi Pak Pandir go ahead and don't drag others to be like you.
Kat Malaysia ni tak payah jadi cia ke mossad ka tetapi ramai yang jadi unta kenyang macam hampa dok angguk saje...hehehehe

Anonymous said...

sumber TUDM mana tu .. penipu.

Anonymous said...

ko cakap 18 jet tu tak pernah terbang .. pastu ko letak video jet tu tengah terbang.. dasar politik penipu.. parti islam pulak tu.. teruk gila memfitnah angkatan tentera sendiri atas nama islam

Unknown said...

Bodoh punya statement..memangla x penah terbang sekali sebab kena rotation servicing...Kalau 18 terbang lepastu kena turn servicing serentak...mahu 0 yg baik...kalau bidoh jgn tunjuk sangat..gi study dulu kenapa aircraft x teebang sekali

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese