21 June 2010

Tian Chua hormati keputusan hakim



Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata, beliau menghormati keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Ghazali Cha yang mengekalkan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Batu berikutan denda RM2,000 yang dikenakan ke atasnya.

Menurutnya, keputusan hakim itu jelas, termasuk menyatakan pilihan raya kecil tidak perlu diadakan.

"Saya bukan peguam untuk membuat tafsiran, keputusan hakim pada saya sangat jelas.

"Seperti kata hakim, sesiapa tidak bersetuju, boleh cabar di Mahkamah Rayuan dan mempertikaikan," katanya ketika ditemui di parlimen hari ini.

Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata parlimen tidak perlu memutuskan status Tian.

Hakim, katanya adalah yang paling berhak untuk mengintepretasi undang-undang dan sebarang keputusan hakim perlu dihormati. Hrkh

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin