01 June 2010

Tempoh 48 Jam untuk PM Najib

Memanggil sidang Khas Parlimen bincang isu serangan regim Israel keatas kapal marvi marmara

Dato'Mahfuz Omar
Ahli Parlimen Pokok Sena
Naib Presiden PAS.

Sangat kecewa terhadap PM yang hanya mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan serangan oleh regim Israel pada tengah malam semalam.kenyataan itu hanya dibuat selepas didesak olih pelbagai pihak yang mengangap kerajaan terlalu lembab dan takut untuk membuat kenyataan mengecam perbuatan lanun laut regim Israel.

Kelembapan PM dilihat seperti menunggu apa nasihat dari APCO untuk kerajaan bertindak tanpa menjejas kerja APCO yang diamanah olih kerajaan untuk memulihkan keprcayaan Amarika terhadap kerajaan Malaysia.Tindakan regim Israel tersebut adalah berpunca dari sikap lunak dan pak turut dasar luar kerajaan kerajaan didunia termasuk Malaysia yang menyumbang kepada tindakkan kejam Israel.Perbuatan kerajaan BN pimpinan Najib yang begitu mesra Amarika/zionis mesti dikecam oleh seluruh rakyat Malaysia.

Sebagai Ahli Parlimen yang mewakili rakyat Malaysia menuntut kerajaan Malaysia menunaikan tuntutan berikut.

1.Memberi tempoh 48 jam untuk PM segera memanggil sidang khas Parlimen untuk membincang isu serangan tersebut.
2.Dalam tempoh 48 jam Kerajaan juga hendak membentang pelan menyelamat rakyat Malaysia yang sedang ditahan olih pihak berkuasa Israel pada sidang khas Parlimen.
3.Dalam tempoh tidak lebih dari 48 jam kerajaan hendaklah menamatkan kontrak dengan syarikat perunding antarabangsa yang merupakan proksi kepentingan politik Israel/Amarika.
4.Menuntut kerajaan menghentikan dengan segera sebarang urusan perdagangan yang rasmi atau tidak rasmi dengan negara haram Israel.

gemasuara.blogspot.com/

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin