25 June 2010

Runtuh lagi!



Kompleks Mahkamah di Jalan Duta, yang menelan belanja RM270 juta sekali lagi mengalami masalah siling runtuh apabila paipnya bocor hingga membanjiri kawasan kafeteria di tingkat bawah, semalam.

Kejadian itu adalah yang kedua selepas 23 Mei 2007 dan air yang melimpah menyebabkan kerosakan pada barang milik Pos Malaysia dan kedai serbaneka yang berada di kawasan berdekatan.

Pengarah Mahkamah Kuala Lumpur, Azizah Mahamud, berkata, runtuhan itu berlaku kerana tekanan air yang tinggi dan pihak kontraktor yang bertanggungjawab menyelenggara kerosakan itu sudah memperbaikinya.

Katanya, pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) akan datang hari ini untuk memantau keadaan.

Kejadian semalam adalah lanjutan daripada kebocoran paip dan runtuhan siling yang berlaku pada 1 pagi kelmarin dan ia sudah selesai dibaiki 6 pagi semalam.

Bagaimanapun, bahagian yang dibaiki itu runtuh sekali lagi pada jam 7.30 pagi semalam hingga mengejutkan mereka yang sedang bersarapan di situ.

Ketua Pos Pejabat Pos Mini Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Rosnita Muda, berkata kejadian itu menyebabkan pihaknya kerugian antara RM30,000 dan RM50,000 manakala 300 keping surat biasa dan 132 keping surat berdaftar rosak.

Berikutan kerosakan itu, pejabat pos itu akan ditutup sehingga hari ini.

Pada 23 Mei 2007, kompleks itu mengalami masalah siling jatuh, keretakan, gangguan elektrik dan paip airnya bocor hingga membanjiri 90 peratus kawasan kafeteria. - Bernama

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese