23 June 2010

Pengganas JI: PAS jangka tangkapan ISA



PAS hari ini tidak menolak kemungkinan bahawa akan wujud tangkapan tanpa bicara menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas ahli politik pembangkang dan tokoh-tokoh agama, berhubung kewujudan semula gerakan pengganas Jemaah Islamiah (JI) di beberapa universiti tempatan.

“Mungkin akan ada tokoh-tokoh tertentu, tokoh politik atau tokoh-tokoh agama tertentu yang akan ditangkap disebabkan isu ini (JI) dan itulah yang menjadi kebimbangan kami semua,” kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Sehubungan itu ahli parlimen Kubang Kerian itu, menggesa kerajaan mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaan berkenaan.

Katanya, jika gagal berbuat demikian, PAS akan mendedahkan dalil bahawa kerajaan sebenarnya berbohong.

“Kami semua selaku ahli parlimen PAS kesal dan kami minta suatu kenyataan rasmi oleh menteri dibuat di Parlimen pada kadar segera yang kononnya wujud JI ini yang melibatkan pelajar-pelajar IPTA kita,” katanya di lobi parlimen, pagi ini.

Menurut beliau berdasarkan maklum balas yang diberikan oleh universiti, pihak kementerian dalam negeri gagal menjelaskan bukti-bukti wujudnya gerakan bawah tanah tersebut di beberapa universiti tempatan.

“Dalam satu taklimat tentang terorisme pada kementerian pengajian tinggi, saya diberitahu bahawa tidak ada satu pun bukti yang kukuh tentang isu wujudnya JI ini, semuanya lebih untuk mewujudkan persepsi kononnya ada gerakan keganasan di negara kita,” katanya.

1 comment:

azman kamarul said...

MATLAMAT MENGHALALKAN CARA.....KALAU DAH BERANI TOLAK ISLAM .... APA LAGI YANG MEREKA TAKUTKAN.......

MEREKA DICIPTA OLEH ALLAH TETAPI MEREKA TOLAK HUKUM ALLAH JADI TIADA SIAPA YANG MEREKA TAKUTKAN.

ITULAH PUAK YANG DILAKNAT DAN MENDAPAT CELAKA....BETULLAH KATA TGNA "PERGI JAHANAM DENGAN UMNO"

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese