02 June 2010

PAS susun siri bantahan ke atas Israel



PAS akan mengadakan beberapa siri bantahan terhadap rejim zionis Israel ekoran tindakan mereka menyerang kapal Konvoi Bantuan Antarabangsa ke Gaza pagi semalam sehingga membunuh kira-kira 20 sukarelawan di samping ramai yang cedera.

Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa memberitahu, beberapa program telah diatur bermula dengan penyerahan memorandum ke Kedutaan Amerika Syarikat tengahari ini, dan majlis solat hajat dan himpunan aman rakyat Malaysia di Stadium Malawati Shah Alam diikuti dengan perhimpunan aman rakyat pada Jumaat ini.

"Berhubung serangan tentera Yahudi terhadap kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza ini, PAS telah akan mengadakan beberapa program sebagai menunjukkan kecaman terhadap tindakan mereka itu," katanya pada sidang media (gambar) di ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini.

Menurutnya, PAS juga merupakan salah satu parti yang terlibat dalam komuniti gerakan Islam membantah tindakan kejam Israel itu.

"PAS sedang berkomunikasi dengan komiti gerakan Islam dan hasil perbincangan sebelum ini, kita akan membawa seorang wakil daripada Palestin untuk bersama-sama dalam program di Stadium Malawati Khamis ini," katanya yang juga ahli parlimen Bachok.

Sebelum itu, beliau membacakan kenyataan rasmi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tindakan lebih keras dan tegas dikenakan kepada rejim zionis Israel berhubung tindakan ganas mereka sehingga melibatkan kehilangan nyawa dan kecederaan berbelas-belas aktivis konvoi berkenaan. > Hrkh

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese