24 June 2010
Laporan Rasuah Terhadap Taib Mahmud Ditarik Balik
3 individu yang menggelarkan diri mereka ‘Rakyat Sarawak Anti Rasuah’ pergi ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Selangor di Shah Alam. Mereka mendakwa Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud melakukan salah guna kuasa dan memiliki harta kemewahan di luar negara yang dianggarkan melebihi ratusan juta.
Isu salahgunakuasa Taib Mahmud ini didedahkan di laman sesawang sarawakreport.org yang menyenaraikan aset kemewahan yang tidak sesuai dengan pendapatannya sebagai Ketua Menteri.
Tiga pengadu itu ,Ahmad Nazib Johari , James Wong Joon Min dan Ting Chek Ming mendakwa, selepas hampir tiga jam membuat laporan di pejabat SPRM Selangor di Shah Alam, mereka terpaksa pulang hampa selepas permohonan mereka bagi mendapatkan salinan laporan itu ditolak.
" Dalam laporan itu, terdapat tuduhan terhadap Ketua Menteri Sarawak, jadi kami ingin SPRM menjalankan siasatan berhubung empayar yang dimiliki oleh Taib Mahmud dan keluarganya di Kanada" ujar James.
" Selepas membuat laporan kami meminta salinan berkenaan, namun SPRM menolak untuk memberikan salinan laporan itu, jadi kami mengambil keputusan untuk menarik balik" tambahnya lagi.
Menurut peguam mereka, Ahmad Nazib Johari, mereka menuntut agar salinan laporan diberikan namum SPRM gagal menunjukkan mana-mana peruntukan yang menyatakan perkara tersebut.
“Dan dia menyatakan bahawa dia, tiada provision, tiada peruntukan dalam mana-mana undang-undang untuk semua aduan di mana salinan diberikan kepada pengadu,tetapi dia tidak berjaya menunjukkan kepada kita ada peruntukan, ada asas untuk yang dia tidak boleh serahkan laporan kita, jadi dia kata itu prosedur kita" ujar Nazib, mengulangi apa yang dikatakan oleh pegawai SPRM bertugas.
"Kita tak sama dengan polis, kalau kamu buat laporan di Balai Polis, kamu boleh bagi salinan aduan, tetapi kalau di SPRM, kami tidak boleh bagi” sambungnya lagi.
Ditanya tentang kesahihan maklumat yang menjadi asas laporan mereka, Ahmad Nazib menuntut agar perkara yang dilaporkan dalam sarawakreport.org itu disiasat bagi membuktikan kebenarannya.
“Perkara ini adalah berita,surat khabar dan apabila ada khabar berita dan kita dengar, dan itu dalam proses untuk melihat kebenarannya kita kena buat aduan ataupun laporan,dan untuk memastikan laporan itu tadi benar ataupun tidak,hendaklah di jalankan siasatan, jadi pihak yang dipertanggungjawabkan membuat siasatan apa-apa kaitan dengan rasuah jenayah,ialah pihak-pihak yang mempunyai kuasa,SPRM , polis , pelaksanaan” tambah beliau lagi. TVS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment