04 June 2010

Hasan Tiro, Pejuang Aceh Merdeka Telah Kembali Kerahmatullah



DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG

UCAPAN TAKZIAH DI ATAS PULANGNYA TENGKU HASAN MUHAMMAD DI TIRO KE RAHMATULLAH”

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga, rakan-rakan seperjuangan dan penduduk Acheh di atas pemergian Tengku Hasan Muhammad di Tiro, 84, ke rahmatullah pada hari ini di sebuah hospital di Banda Acheh.

Almarhum yang merupakan pengasas kumpulan Gerakan Acheh Merdeka (GAM) adalah antara tokoh terpenting yang terlibat dalam perjuangan wilayah Acheh sehingga akhirnya perdamaian dicapai pada bulan Ogos 2005 yang lalu.

Pemergian beliau ini bukan sahaja dirasai oleh seluruh keluarga, rakan dan penduduk Acheh, tetapi juga merupakan satu kehilangan besar kepada seluruh pendukung PAS. Ianya mengimbas kembali hubungan baik yang dijalin di antara Almarhum Tengku Hassan dengan kepimpinan PAS sejak puluhan tahun. Ternyata kepulangan kali kedua beliau ke Acheh pada 17 Oktober 2009 adalah merupakan kepulangan terakhir sebelum beliau menemui Allah Subhanahu Wataala. Hasrat beliau untuk melihat suatu keamanan di Acheh akhirnya berjaya dicapai dalam ruang umur beliau.

Bagi pihak seluruh pimpinan dan ahli-ahli PAS, saya merakamkan ucapan takziah dan berharap seluruh keluarga, rakan dan penduduk Acheh dapat bersabar dengan ketentuan Allah ini. Saya berdoa semoga Allah SWT melimpahi rahmat ke atas roh beliau dan mudah-mudahan beliau ditempatkan bersama-sama roh para solihin dengan izin Allah SWT insyaAllah.

www.presiden.pas.org.my/

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese