27 May 2010
Tiada lagi wakil rakyat PKR yang akan melompat
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, setakat yang diketahuinya, tiada lagi wakil rakyat PKR yang akan melompat parti setakat ini.
“Ya, setakat yang kita tahu (tiada). Tetapi kalau tawarannya naik daripada RM2 juta kepada 5 juta, saya tak tahu. Setakat ini kita dengar keadaan terkawal,” katanya menyifatkan ‘pamitan ke sebelah sana’ (Umno) sudah berlalu.
Beliau yang juga ketua umum PKR berkata, sebagai sebuah parti baru, menjadi lumrah ia diserang kuat – pengalaman yang menurutnya dikongsi bersama oleh DAP dan PKR sebelum ini, termasuk Umno sendiri.
“Malah Umno sebelum ini menyaksikan penghijarahan pemimpin utama, (termasuk) presiden pertama, kedua dan keempatnya.
“Jadi dalam konteks kita (PKR), kalau (musuh) anggap tak boleh pukul saya secara langsung, (mereka) pukul kekuatan (lain) yang ada pada PKR,” katanya.
Selepas pilihan raya umum dua tahun lalu, PKR kehilangan tujuh kerusi parlimen (lihat carta bawah). Empat daripadanya akibat tindakan melompat parti, manakala seorang lagi dipecat.
Tindakan melompat parti oleh ADUN PKR – yang kemudiannya mengisytiharkan menjadi “bebas mesra BN” – juga menyumbang ke arah runtuhnya kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan bekas menteri besar Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin di Perak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
saya berpendapat,kalau org berbini
empat,semua lari,maknanya something wrong with the man.
Post a Comment