04 May 2010

Tembak remaja Pemuda Pakatan lapor Suhakam



Pemuda Pakatan Rakyat menyokong saranan supaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyiasat kes remaja mati ditembak polis di Shah Alam, minggu lalu.

Sehubungan itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menubuhkan segera suruhanjaya diraja bagi menjalankan siasatan.

Beliau menyatakan demikian sebelum menyerahkan memorandum Pemuda Pakatan Rakyat kepada Suhakam berhubung kes tembakan Allahyarham Aminulrasyid Amzah, di pejabat suruhanjaya itu petang ini.

Hadir sama ialah Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan dan Ketua Dapsy, Anthony Luke Siew Fook.

Di dalam memorandum tersebut, Pemuda Pakatan menyokong saranan Presiden Institut Perhubungan Awam Malaysia yang juga mantan Pesuruhjaya Suhakam, Prof Datuk Hamdan Adnan supaya Suhakam sebagai badan bebas menyiasat kes tersebut sebagai pihak ketiga kerana tidak mempunyai sebarang kepentingan dan memastikan siasatan dijalankan dengan telus.

1 comment:

Anonymous said...

Aku agak ragu-ragu dengan kenyataan Muhamad Azamuddin Omar yang menyatakan dirinya dibelasah oleh Polis. Punca keraguan aku bersebab bukan main hentam keromo...

Di sini aku catatkan keraguan aku terhadap kenyataan Muhamad Azamuddin Omar yang melampaui logik akal...

1) Muhamad Azamuddin Omar menyatakan dia dibelasah oleh lebih 5 orang anggota Polis, persoalannya, bagaimana dia boleh melarikan diri?

2) Muhamad Azamuddin Omar juga menunjukkan kononnya kecederaan akibat dibelasah oleh lebih 5 orang anggota Polis yang pastinya kecederaan ringan. Jika dia dibelasah oleh Polis dan ditendang oleh Polis, sudah pastinya Muhamad Azamuddin Omar sudah terlantar di hospital dan terpaksa makan melalui tiub. Lebih 5 orang anggota Polis belasah tetapi masih boleh survive dan boleh bercakap? Pelik...

3) Bertambah pelik, Muhamad Azamuddin Omar menyatakan anggota Polis telah mengacukan pistol. Tetapi bagaimana dia boleh melarikan diri? Sedangkan jika kita diacukan pistol pasti sejuk muncung pistol akan buat kita terkencing...

4)Atau mungkin beliau digunalan oleh pihak2 berkepentingan...

adibeta,
layarbiru15@gmail.com

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese