23 May 2010
Sentuhan Perjuangan Rosli Dhobi Seorang Syuhada'
‘Sentuhan perasaan’ melalui aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan adalah perlu selain menyampaikan ilmu melalui kuliah dan ceramah dalam membuat suatu perubahan dikalangan umat Islam.
Oleh itu, peranan Jabatan Amal dan Unit Amal sebelumnya adalah amat penting dalam perjuangan untuk menegakkan cita-cita Islam khususnya dikalangan pemuda-pemuda Islam.
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, masyarakat Islam hari ini berada dalam kebanjiran pelbagai fahaman, yang menyeleweng daripada ajaran Islam.
Malah katanya, ramai anggota masyarakat yang menjadi mangsa keruntuhan akhlak.
Oleh itu, satu pemerintahan yang melindungi masyarakat dengan syariat Allah SWT adalah menjadi satu keperluan.
”Malangnya kesedaran untuk membuat perubahan dalam pemeritahan dikalangan orang-orang Melayu Islam adalah sangat lemah,”katanya ketika menyampaikan ucapan di Majlis Makan Malam Jabatan Amal Terengganu.
Beliau menegaskan, menjadi satu tanggungjawab penting kepada umat Islam untuk menyedarkan orang-orang Islam sendiri supaya berubah menurut Islam.
Dalam konteks negara ini, perubahan atau ‘Islah’ tidak akan dapat dilakukan sekiranya umat Islam yang menjadi ‘teras’ tidak dapat dikuasai.
”Orang Islam menjadi teras pemerintahan negara (Malaysia), selagi kita tidak menguasai (mereka), maka kita tidak boleh membuat perubahan Islah, sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah SWT,”jelasnya.
Sehubungan itu, beliau berkata, PAS telah berjaya menubuhkan sebuah cawangan sewaktu kempen pilihanraya kecil parlimen Sibu baru-baru ini.
Yang lebih menarik katanya, antara mereka yang menyertai cawangan tersebut adalah keluarga asSyahid Allahyarham Rosli Dhobi.
Dato’ Seri Abdul Hadi berkata, asSyahid Rosli adalah seorang pemuda Islam yang terlalu muda, seorang guru yang berusia 17 tahun, telah dihukum gantung sampai mati kerana berjaya membunuh Gabenur British di Sarawak pada tahun 1940.
(Gambar kiri - Allahyarham Rosli ketika ditangkap tentera British, gambar kecil , potrait asSyahid)
Menurutnya, kerajaan British sengaja mengubah kad pengenalannya, supaya beliau tetap dihukum sedangkan dalam usia semuda itu, hukuman bunuh tidak boleh dijatuhkan.
”Dia seorang guru yang terlalu muda di zaman itu, masa itu tidak ada parti politik, tetapi dia benci kepada penjajah,
”dan dia telah syahid san namanya telah terpahat didalam sejarah perjuangan Islam di tanah air kita,”katanya.
Namun begitu, ramai yang tidak mengetahui perjuangan tersebut kerana telah dikelirukan oleh Umno yang mengatakan hanya mereka yang berjuang untuk orang Islam. BO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment