14 May 2010

Polis halang himpunan bantah judi dan konsert Pitbull



Lebih 1,000 orang menyertai perhimpunan membantah kelulusan lesen judi bola sepak Piala Dunia yang diluluskan Kementerian Kewangan pimpinan Datuk Seri Najib Razak, di perkarangan Masjid Jamek Kampung Baru di sini, hari ini.

Perhimpunan yang turut disertai masyarakat bukan Islam berlangsung kira-kira lima minit berikutan arahan polis yang melarang, bahkan mengarah mereka segera bersurai seusai solat Jumaat.

Seorang petugas perhimpunan dipercayai ahli Pas mendakwa dikasari polis tetapi dilepaskan selepas perbincangan polis dengan Setiausaha Dewan Pemuda Pas Pusat, Kamaruzaman Mohamad.

Pada perhimpunan itu, Kamaruzzaman mendesak kerajaan Umno Barisan Nasional menarik semula lesen judi bola kerana ia bakal memberi kesan negatif kepada bangsa dan negara.

1 comment:

NikHassanAzmi said...

Tahniah Karim, kau kna tangkap. kita pernah kenal sebelum ni.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese