31 May 2010

PAS sambut seruan Hamas bangkit bantah Yahudi



PAS menyambut seruan Hamas supaya dunia Islam bangkit bagi menyatakan bantahan terhadap serangan ganas tentera rejim zionis Yahudi terhadap Konvoi Bantuan Kemanusiaan Antarabangsa Gaza, pagi ini.

Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata, parti itu akan sentiasa bersama dengan masyarakat antarabangsa yang inginkan keamanan supaya mengadakan tindakan susulan yang sesuai terhadap kekejaman yang dilakukan oleh tentera rejim tersebut.

Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri, hari ini menyeru rakyat Arab dan umat Islam supaya ‘berhimpun’ di kedutaan-kedutaan Israel di seluruh dunia bagi membantah serangan maut rejim itu terhadap kapal-kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza yang mengorbankan sekurang-kurangnya 16 aktivis dan mencederakan lebih 30 yang lain.

Sementara itu, Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniyeh dalam satu kenyatan di Gaza mengecam seranga tersebut dan turut meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melindungi aktivis kemanusiaan mengikuti konvoi bantuan kemanusiaan itu.

“Kami menghubungi rakan-rakan di Timur Tengah untuk mendapatkan perkembangan terkini berhubung serangan ganas itu,” ujar Nasharudin.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok turut menggesa PAS kawasan dan cawangan seluruh negara mengadakan solat hajat dan membaca qunut nazilah memohon kepada Allah agar situasi yang berlaku itu selesai secara aman dan melindungi anggota rombongan kemanusiaan ke Gaza itu.

Menurutnya, apa yang berlaku itu membuktikan bahawa keganasan zionis Yahudi tidak pernah padam terhadap umat Islam.

Beliau juga menyeru seluruh rakyat Malaysia agar melakukan sesuatu yang perlu bagi memastikan kekejaman dan kezaliman tentera rejim zionis Yahudi itu mendapat pembalasan yang setimpal. > Harakahdaily

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin