10 May 2010

Mahkamah Khas tangguh dengar habeas corpus Sultan Kelantan



Mahkamah Khas pagi ini memutuskan untuk menangguhkan prosiding mendengar permohonan habeas corpus berhubung isu Sultan Kelantan kerana tidak cukup kuorum.

Mahkamah Khas yang terdiri daripada lima anggota panel dijadual untuk mendengar kes itu pukul 9 pagi ini.

Permohonan itu difailkan oleh Tengku Temenggong bagi pihak Sultan Kelantan pada Jumaat lalu.Dalam pada itu, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail juga meminta penangguhan kerana belum berpeluang memfailkan afidavit balas terhadap permohonan Sultan Kelantan.

Jumaat lalu, peguam yang mewakili Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra memfailkan writ habeas corpus bagi memohon kebenaran untuk membawa baginda keluar dari Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, Kelantan, di mana baginda menerima rawatan sejak Selasa lalu.

Baginda telah dibenarkan keluar HUSM petang semalam.

Writ itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Khas di sini menerusi tetuan JS Pillay & Mohd Haaziq.

Afidavit bagi menyokong writ itu dibuat oleh Tengku Temenggong Kelantan

Tengku Muhammad Fakhry Petra Sultan Ismail, putera ketiga Sultan.

Sultan Kelantan dinamakan sebagai pemohon.

Writ itu menamakan lima responden iaitu Ketua Polis Kelantan, Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan, Ketua Pengarah Kesihatan dan kerajaan Malaysia.

Mahkamah Khas ditubuhkan pada 1993 untuk mendengar sebarang prosiding oleh

atau terhadap Yang di-Pertuan Agong atau pemerintah sesebuah negeri atas sifat peribadi baginda.

Panel anggota Mahkamah Khas terdiri daripada Ketua Hakim Negara, dua Hakim Besar Malaya dan Sabah dan Sarawak, dan dua lagi dari Mahkamah Persekutuan yang dilantik oleh Majlis Raja-raja Melayu.

Tan Sri Param Cumaraswamy, salah seorang peguam yang mewakili Sultan Kelantan berkata, prosiding ditangguhkan sebab ketidakhadiran salah seorang Hakim Mahkamah Persekutuan yang dilantik sebagai anggota panel.

“Pendengaran dijalankan menggunakan kamera, jadi saya tidak boleh mengatakan lebih daripada apa yang dihujah di mahkamah,” katanya.

Seorang lagi peguam mereka, Gobind Singh Deo berkata walaupun kes ini kini dianggap sebagai akademik adalah penting prosiding ini diteruskan.

“Kami ada memohon agar afidavit balas difailkan kerana pada pandangan kami, masih ada isu atau ada isu baru untuk didengar oleh mahkamah dan saya merasakan isu-isu itu bukan sahaja menyentuh kepentingan orang ramai tetapi juga negara, malah antarabangsa,” katanya.

“Mahkamah mesti menyelesaikan (perkara ini),” kata Gobind sambil menambah apa yang penting ialah mahkamah memutuskan sama ada perkara yang berlaku di Istana Kelantan mengikut undang-undang ataupun sebaliknya. TMI

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese