HULU SELANGOR : Sekalipun kesihatan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak begitu baik namun beliau tetap turun berkempen di Hulu Selangor demi membantu memenangkan calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim.
Ulama itu secara terbuka mengajak pengundi Parlimen Hulu Selangor merentasi semua kaum dan agama supaya mengajar kebongkakan dan kesombongan Umno pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.
Pada kempen yang dihadiri ribuan masyarakat setempat, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan datang dengan bertongkat dan duduk berucap berikutan keuzuran kesihatannya.
Kehadiran tokoh agama ini disambut Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaib Ibrahim, selain gema sorakan pengundi yang sememangnya menghormati Nik Aziz.
Pada ucapannya, beliau menegaskan Pas akan terus berjuang bersama Pakatan Rakyat dan meminta umat Islam tidak terpedaya dengan dakyah Umno yang mengasingkan agama dan politik dalam rencah kehidupan semasa.
"Islam tidak memisahkan politik dari kehidupan. Rasulullah saw bukan sahaja pemimpin agama tapi juga pemimpin politik. Hanya Umno yang mengajar politik lain, agama lain. Macamlah Umno ada nabi lain," katanya.
Nik Aziz juga mendedahkan Umno sanggup berbaik-baik dengan sesiapapun ketika dalam kesusahan, dalam kesempitan tapi sebaliknya mudah berlaku khianat apabila kembali mengumpul kekuasaan.
Bagi beliau, perbuatan Umno ini tidak boleh dimaafkan.
"Umno karut, rasuah dan sebagainya. Teruskan kemenangan yang ada. Kita ajar Umno supaya tidak sombong," katanya.
Dalam konteks Hulu Selangor, Nik Aziz berpesan tiada cara lain untuk menyedarkan pimpinan Umno selain memenangkan calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim.
"Saya tidak dapat berucap lebih lama tapi pesan saya, semua sekali mesti undi calon Pakatan Rakyat," katanya disambut tepukan gemuruh.
4 comments:
Bila lah org tua nyanyok ni nak gol
gua rasa lu yang gol dulu....
Duk mengata org nyanyuk, penah jumpa dan berbual ke dgn org tua tu?
Padan muka. hahahahahha kalah, boo! balik kampung tanam jagung
Post a Comment