24 April 2010

Serang Peribadi Zaid; Umno amat Memalukan




HULU SELANGOR – Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat menyelar serangan yang dilakukan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) dan menyifatkannya ia adalah satu "kerja bodoh dan kebudak-budakan".

Beliau berkata tindakan tersebut adalah kerana Umno/ BN sudah tidak ada modal dalam menghadapi pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Beliau yang juga Menyteri Besar Kelantan berkata perlawanan tersebut adalah diantara parti, sepatutnya Umno/BN menyerang parti bukan peribadi calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim.

"Calon ini (Zaid adalah) calon parti, Kalau Umno ada modal, serang parti lah, jangan serang tubuh (peribadi individu). Ini kerja bodoh, ini kerja budak-budak.

"Ini calon parti. Parti A dan Parti B. Parti A lawan Parti B. Parti B lawan parti A. Jangan serang peribadi.

"Macam budak budak kecil lah, kalau dia boleh bertumbuk, dia bertumbuk. Kalau tak boleh bertumbuk, dia jebeh (menjelir lidah), dia meludah. Itu semata-mata nak lepas geram, tanda dia tak boleh jawab," katanya dalam sidang media pertamanya sejurus tiba di sini.

Tok Guru NikAziz berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita berhubung kempen Umno/BN yang memburuk-burukkan peribadi Zaid yang mendakwa beliau seorang peminum arak tegar dan mempunyai kuda lumba untuk berjudi.

Beliau yang baru pulang dari tanah suci Mekah kerana menunaikan umrah menyifatkan perangai pimpinan Umno/BN sebagai satu perkara yang cukup memalukan politik Malaysia.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah Zaid, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, pemimpin DAP Lim Kit Siangdan naib presiden PKR Azmin Ali.

Dalam sidang media yang sama, Zaid yang juga bekas menteri kabinet menjelaskan bahawa beliau amat menghormati kealiman dan ketinggian ilmu menteri besar Kelantan itu.

Katanya, beliau amat terharu apabila Nik Aziz menelefonnya sebanyak dua kali dari Mekah, memintanya bersabar ketika berdepan dengan serangan peribadi terhadapnya di Hulu Selangor. BO

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin