29 April 2010

Rasuah 10 Bilion Setahun, Apa Cerita Menteri-Menteri Semua

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berkongsi kebimbangan rakyat di atas kenyataan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan bahawa perbuatan rasuah dalam perkhidmatan awam berpotensi untuk menyumbang kerugian bernilai RM 10 bilion setahun.

10 billion setahun mampu menghasilkan 400 buah sekolah baru yang bernilai 25 juta sebuah atau membantu 333,333 pelajar untuk melanjutkan pelajar ke universiti jika dijadikan biasiswa. 10 bilion ini juga mampu dijadikan modal untuk membina jalanraya sepanjang 1000 kilometer dari Selatan hingga ke Utara tanahair. 10 bilion ini juga mencukupi untuk membina 10 lagi jambatan Pulau Pinang. Banyak yang boleh dibelanjakan dengan 10 bilion ini.

Jika pegawai perkhidmatan awam juga korup, bagaimanakah rakyat ingin mempercayai sistem pentadbiran negara kini. PAS berharap Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang dilaung-laungkan mampu membasmi masalah ini. Namun disebalik usaha murni itu, timbul tanda tanya kalangan rakyat. Bagaimana jika Menteri dan Timbalannya rasuah atau menyalah gunakan kuasa mereka dengan mengkambing hitamkan kakitangan awam untuk meluluskan projek demi kroni-kroni mereka?

Adakah SPRM dan program GTP ini mampu untuk menyelongkar jenayah ini atau sekadar membiarkan kambing hitam dibuat ‘gulai’ bagi mengaburi mata rakyat. Kita tidak lupa dengan skandal PKFZ yang akhirnya siasatan ke atas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat ditutup begitu sahaja dengan alasan tiada bukti.

PAS mempersoalkan prosedur dan ketelusan SPRM dalam membuat siasatan termasuk juga laporan rasuah Mahathir, Pak Lah, Najib, Rafidah dan ramai lagi yang pernah diberikan oleh Ezam Mohd Noor ketika beliau bersama Gerak satu ketika dahulu. Ke mana laporan-laporan itu dibawa. Adakah laporan dan fail berkotak-kotak itu sudah dicampak ke laut selepas Ezam kembali pada Umno.

Apakah program GTP ini juga mempunyai pelan untuk menyiasat skandal rasuah Najib dalam kes pembelian dua unit kapal selam dari Perancis. Kes ini sedang dibawa ke Mahkamah Perancis oleh Suaram memandangkan SPRM tidak berminat untuk menyiasat kes ini.

Ini adalah sesuatu yang amat memalukan bila mana kambing-kambing hitam dan ikan-ikan bilis dalam agensi Kerajaan dikejar sampai ke lubang cacing sedangkan Menteri-menteri bebas sebagai pemimpin maksum yang tidak boleh disiasat dan didakwa.

PAS berharap agar KSN tidak menjadi badut sekadar untuk menghibur pemimpin-pemimpin BN, dan mahu GTP dilaksanakan dalam maksud yang sepenuhnya sama seperti yang rakyat inginkan.

Kita memang khuatir dengan apa yang berlaku pada negara Greece yang kini mempunyai hutang yang sudah dilabelkan bertaraf ‘sampah’ atau memang mustahil untuk dibayar balik ekoran gejala rasuah yang berleluasa kalangan pemimpin dan penjawat awamnya.

Negara anggota EU itu menjadi negara paling miskin di Eropah ekoran jenayah kapitalisme yang bermula dari pemimpin mereka sendiri. Hari ini Malaysia boleh ketawa, tapi tidak mustahil esok lusa negara jiran akan ketawakan rakyat Malaysia kerana membiarkan amalan rasuah di negara ini terus menerus berlaku dan merugikan pendapatan negara lebih dari RM 10 bilion setahun.

PAS berharap rakyat membuka mata dan sentiasa peka dengan apa yang berlaku sebelum membuat keputusan dalam pilihanraya akan datang.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

1 comment:

kangkong said...

Thursday, April 29, 2010
Anak Ismail Kamus mengandung anak haram

Oleh Cakap Pasal

Tuan-tuan dan saudara-saudari, tak lama lagi akan sampai musim kerbau mengawan di muktamar PAS (Parti Ajaran Setan) pada bulan Jun 2010. Kita akan melihat berpuluh ribu ekor kerbau berkopiah putih.

Untuk beberapa hari mereka akan sudi dicucuk hidung dan diheret macam kerbau oleh pemimpin mereka yang hanya sedikit saja lebih pandai daripada mereka sendiri.

Pada muktamar PAS ini juga kita akan melihat ustaz cari makan yang akan hadhir dengan baju baru mereka, jubah baru dan ada juga yang akan membawa kereta baru. Sebab ustaz PAS sekarang bukan macam dulu.

Dulu mereka semua miskin. Tapi setelah sepuluh tahun, dua puluh tahun dan tiga puluh tahun menipu kerbau-kerbau yang menjadi ahli PAS, mereka semua sudah jadi kaya raya.

Dalam golongan ustaz PAS yang sudah kaya raya ini termasuk Ustaz Ismail Kamus. Nanti kita akan ceritakan lagi berapa banyak duit Al Ustaz ini telah songlap daripada ahli PAS. He he he.

Sabar tuan-tuan. Kami ada bukti.

Juga seorang lagi ustaz PAS Abdul Ghani Shamsuddin namanya – dulu pernah jadi presiden Persatuan Ulama. Banyak duit orang PAS dia telan.

Tapi ini ada sikit cerita pasal Al Ustaz Al Ismail Al Kamus. Ustaz ini ada ramai anak, termasuk anak perempuan. Seorang anak perempuannya pernah ‘terlibat’ dengan seorang lelaki – sehingga menjadi bunting.

Sebab ayahnya ustaz PAS, anak itu selalu memakai tudung labuh, jadi tak nampaklah yang dia sudah bunting. Anak itu pun cuba merahsiakan dia punya bunting sampailah dah tak boleh dirahsiakan lagi.

Apabila si ayah Ismail Kamus dan isteri mendapat tahu, mereka pun panik lah. Tak tahu apa nak buat. Kalau lah orang tahu anak ustaz Ismail Kamus pula sudah berzina sampai jadi bunting, sudah tentu akan tamatlah karier tipu duit Ismail Kamus. Sebab ustaz semua kerja tipu duit daripada orang bodoh dan daripada kerbau-kerbau yang menjadi ahli PAS.

Jadi Ismail Kamus dan si isteri mati akal, tak tahu apa nak buat. Lepas mereka berfikir sekian lama, si Ustaz dapat idea fantastik. Dia bawa anak perempuan itu pergi ke klinik ‘gugur anak’.

Kelinik itu kepunyaan seorang doktor keturunan China. Maklumlah mereka segan nak jumpa doktor Melayu atau Islam. Malu nanti. Jadi dia pergi jumpa doktor China. Tapi doktor yang dia jumpa itu sebenarnya bukannya ”doktor gugur anak”.

Tersilap lagi. Doktor yang mereka jumpa itu pakar dalam penyakit lain.

Bagaimanapun doktor China itu telah menasihatkan al ustaz Ismail Kamus bahawa ikut undang-undang perubatan Malaysia, bayi dalam kandungan anak perempuan dia tidak boleh digugurkan lagi sebab sudah melebihi tempoh enam bulan.

Maka terpaksalah Al Ustaz Al Ismail Al Kamus menjadi ‘atok’ kepada anak cucu haram.


Posted by The Unspinners at 2:24

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese