KENYATAAN MEDIA
PAS BANTAH MEB HAPUSKAN KUOTA BUMIPUTERA
Parti Islam-Se-Malaysia (PAS) terkejut dengan pendedahan pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Tan Sri Amirsham A Aziz yang mengakui bahawa Model Ekonomi Baru (MEB)yang dilancarkan oleh Perdana Menteri semalam akan menghapuskan kuota pemilikan termasuk kuota bumiputra.
Tahun lepas Perdana Menteri mengumumkan Dasar Liberalisasi Ekonomi negara dimana Kerajaan menurunkan pegangan ekuiti bumiputera daripada 30 peratus kepada 12.5 peratus dan menurunkan ekuiti bukan bumiputera daripada 25 peratus kepada 12.5 peratus.
Seterusnya, pegangan ekuiti asing telah ditingkatkan daripada 49 peratus kepada 70 peratus, serta pemansuhan FIC dan Penubuhan Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS). Nilai hartanah yang boleh dibeli oleh warga asing pula ditingkatkan daripada RM250,000 kepada RM500,000.
Dengan pendedahan Pengerusi MPEN itu, bermakna kuota 12.5 peratus bumiputra dan bukan bumiputra akan terhapus sama sekali. Secara ekonominya, saham-saham syarikat di Malaysia sudah boleh dimiliki oleh pelabur asing 100 peratus.
PAS menganggap MEB adalah dasar yang jelas menindas rakyat dan akan menyebabkan rakyat dinegara ini akan menjadi 'hamba' yang berkerja keras untuk kepentingan individu dan pelabur asing dimasa hadapan.Pengkhianatan Umno-Bn yang menghapuskan kuota bumiputra dan bukan bumiputra ini tidak boleh dimaaf.
PAS mencabar ahli Umno dalam Perkasa untuk bangkit menentang dasar ini dan mengembalikan hak bumiputra dan rakyat bukan bumiputra dinegara ini untuk menguasai kuota 30 peratus dan 25 peratus. Pas yakin kalau perkara penghapusan kuota bumiputera ini disuarakan oleh pimpinan Pakatan Rakyat maka akan berlakulah demontrasi jalanan oleh abdi umno dari kalangan NGO dan pembodek umno.
Tetapi apabila yang mengeluarkan idea ini tuan kepada hamba-hamba moden di negara ini, maka suara mufti umno dan Profesor umno macam cicak makan kapur.
PAS yakin bahawa keputusan ini banyak dipengaruhi oleh beberapa pihak lain yang dilantik sebagai perunding atau penasihat Kerajaan Malaysia. Tidak mustahil syarikat-syarikat yang dikuasai Yahudi akan masuk ke negara ini melalui proksi mereka dan mengambil alih aset-aset penting negara seperti POS Malaysia yang sedang dalam proses penjualan sekarang.Jelas dasar yang tidak dibentang di Parlimen ini juga adalah satu dasar yang dipaksakan kepada rakyat dan membelakangi mandat rakyat.
Seharusnya dasar sepenting ini dibentang di Parlimen kerana rakyat mahu tahu kerangka nasional yang ada dalam dasar ini.
Umno-BN dilihat sedang menjual negara dan hilang semangat patriotisme melalui dasar yang menafikan kepentingan rakyat dinegara ini. Malaysia tidak kekurangan pelabur dan pemodal tempatan. Seharusnya kuota itu dikekalkan bagi memberikan peluang kepada mereka agar tidak melabur diluar negara. PAS menolak sebarang usaha untuk menafikan kuota bumiputra dan bukan bumiputra yang jelas menghina kedaulatan negara dan seluruh warganegara ini.
Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penrangan PAS Pusat
1 comment:
Masa ini lah kita nak lihat Ibrahim Ali dengan PERKASA nya perjuangkan dan mempertahankan hak orang Melayu, sekali gus jadi champion rakyat Malaysia.Saya tak hairan quota yang ujud tu hendak dihapuskan kerana dah lama pun kita orang bawahan ini jadi hamba orang berada gara gara (feudalisma).
Post a Comment