19 April 2010

Hulu Selangor: Kekuatan PAS Meningkat 5 Kali Ganda



HULU SELANGOR – Jentera pembantu dari PAS Terengganu akan memberikan penumpuan secara bersungguh-sungguh bagi merubah para pengundi di Felda Sungai Tengi disini.

Walaupun sudah diketahui, Felda merupakan merupakan ‘tali hayat’ kepada Umno dan Barisan Nasional, namun perubahan-perubahan politik yang sedang melanda, sentiasa memberikan peluang untuk suatu kemungkinan.

Ketua Kontinjen Jentera PAS Terengganu, Haji Yahaya Ali berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Gerakkerja Jentera PAS Terengganu dalam Pilihanraya Kecil Parlimen P094 Hulu Selangor.

Katanya, Kekuatan PAS di Felda Sungai Tengi telah meningkat lima kali ganda sejak negeri Selangor diperintah oleh Pakatan Rakyat.

"Walaupun pengundi di kawasan Felda menjadi sebagai tali hayat Umno dan Barisan Nasional, tetapi saya yakin perubahan-perubahan politik yang berlaku apa saja kemungkin boleh ber
laku,

"saya difahamkan pada 2008 kita hanya ada 50 orang ahli, sejak negeri Selangor di perintah Pakatan Rakyat, ia meningkat kepada 300 orang,"katanya. BO

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin