01 April 2010
22 Pelajar IPTA /IPTS Dihadapkan Di Mahkamah Rendah Syariah
Di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, 22 remaja lelaki dan 3 gadis yang juga pelajar IPTA/IPTS didakwa melakukan perbuatan tidak bermoral pada 15 November tahun lalu.
Hakim Syarie Kamaruzzaman Ali menjatuhkan hukuman denda antara RM2000-RM3000 terhadap 10 remaja lelaki selepas mereka mengaku bersalah manakala 12 remaja lelaki dan 3 gadis yang mengaku tidak bersalah dibebaskan dengan ikatjamin antara RM1500 hingga RM2500 dengan seorang penjamin.
Kes ini akan disebut semula 7 Julai ini.
Mahkamah juga turut memerintahkan waran tangkap dikeluarkan terhadap 6 remaja lelaki dan empat gadis kerana gagal hadir ke mahkamah.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 29 (1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor.
Semua mereka ditahan oleh penguatkuasa agama Islam Selangor pada jam 2.30 pagi 15 November tahun lalu di sebuah bilik di Intekma Resort Shah Alam Selangor.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Ibu bapa pelajar2 yang terlibat patut rasa malu dan terhina dengan kelakuan anak2 mereka. Ternyata mereka telah tidak mengambil berat kerja buat anak2 mereka, sehingga sudah begitu terlanjur. Perkara2 yang seumpama ini tidak boleh berlaku secara mendadak. Melainkan sedikit demi sedikit. Mula2 berjinak2, lepas itu bercampur gaul dan kemudian barulah berani mencuba2 dan akhirnya seronok pula. Proses ini mengambil masa yang lama. Kalaulah ibu bapa sentiasa pantau hal ikhwal anak2 mereka, perkara ini tidak akan terlajak. Ambillah iktibar dari cerita ini.
Itulah pertanda bahawa Islam jadi landasan perjuangan UMNO/BN yang sewajarnya dibanggakan selama ini!
Post a Comment