02 April 2010

145 Ahli Parlimen Seluruh Dunia Tuntut Gugurkan Kes Anwar

Inter-Parliamentary Union (IPU) 122nd Assembly Adopted Resolutions On Anwar Ibrahim’s Second Sodomy Case

Mesyuarat ke-122 Himpunan Ahli-ahli Parlimen Sedunia (IPU) di Bangkok hari ini sebulat suara mendesak kerajaan Malaysia menggugurkan pertuduhan liwat ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdasarkan kepada dua laporan perubatan yang menolak kemungkinan perbuatan tersebut berlaku.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Bangkok, IPU berkata badan tersebut amat bimbang terhadap pertuduhan dan prosiding terhadap Anwar yang dianggap tercalar dan hampir sama dengan perbicaraan kes yang serupa pada 1998.

Mesyuarat IPU semalam yang menghimpun Ahli-ahli Parlimen dari 145 negara diseluruh dunia menyatakan bahawa Jawatankuasa Hak Asasi Ahli Parlimen akan melaporkan keputusan sebulat suara berhubung perbiacraan Anwar kepada Lembaga Pengelola IPU.

Resolusi tersebut dibentangkan kepada Lembaga Pengelola IPU oleh pengerusi jawatankuasa tersebut, Senator Aquilino Q Pimentel Jr untuk diterimapakai.

"Adalah amat membimbangkan anggota pasukan pendakwaan yang terlibat dalam perbicaraan kes liwat yang pertama, yang mana Ketua Pendakwa ketika itu kini dilantik sebagai Peguam Negara. Beliau dituduh merekacipta bukti terhadap Anwar dan kini terlibat sekali lagi dalam perbicaran terkini. Pasukan pembelaan Anwar telah dinafikan dokumen dan bukti dan dihalang daripada menyediakan pembelaan yang tuntas.

"IPU berpendirian bahawa pembelaan adalah sebahagian daripada elemen keadilan dalan sesuatu perbicaraan dan kegagalan memberi hak kepada pasukan pembelaan dan sebarang keputusan mahkamah hasil daripada tindakan itu dianggap pada dasarnya ditolak," tegas IPU.

Badan itu juga meminbta Setiausaha Agung IPU supaya memastikan wakil IPU akan berada sebagai pemerhati dalam perbicaraan akan datang.

IPU juga meminta Jawatankuasa Hak Asasi Ahli Parlimen agar terus meneliti kes yang sabitkan kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dan menyediakan laporan pada mesyuarat IPU ke-123 pada Oktober 2010.

Tiga wakil Pakatan Rakyat yang hadir termasuk Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian, Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him dan Senator Mumtaz Md Nawi.
IPU adalah sebuah organisasi yang dianggotai oleh Ahli Parlimen dari seluruh dunia dan ditubuhkan pada 1889.

Ia berfungsi sebagai wadah dialog antarabangsa yang berjuang untuk keamanan dan kerjasama serta mengukuhkan sistem demokrasi.SK

4 comments:

Pirak mabok said...

Macamana ngan saiful? Tak kan tak de seorang MP pun yang nak bela dia???? Naiyaa budak tu jika betul. Si Kitol sungguh hangpa...

Hisyamuddin Che Ali said...

Kesian Sayfool..tak de orng sokong dia skrg..shbt, tlg link saya ya..syukran

Anonymous said...

Kes ni belum berakhir. Bukti pun belum habis dikemukakan. Jadi semua ahli parlimen tu membuat keputusan di atas bukti yg tidak lengkap. Cara keputusan dibuat pun tidak betul. Sepatutnya mesti ada dokumen atau laporan dari kedua belah pihak, barulah adil. Janganlah bersubahat dengan perkara yang mungkar.

Anonymous said...

Kalau ahli parlimen luar negara sokong DS Anwar pun mereka tak akan dapat apa-apa. Sebaliknya mereka sokong kerana mereka ada nilai-nilai murni dan integriti. Mereka mempunyai moral yang tinggi di mana konsep keadilan dan hak asasi disanjung tinggi. Contoh perbicaan kes liwat DS Anwar yang dahulu dijadikan panduan. Sebagai rakyat M'sia beragama Islam kita rasa malu dengan peristiwa ini.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese