05 March 2010
Zulkifli Cipta Alasan, Siasatan Bukan Kerana Nama Allah
Isu kalimah Allah perlu didengar panel beragama Islam
KENYATAAN AKHBAR: PANEL BUKAN ISLAM! - Zulkifli Noordin
Tumpuan Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam kes melibatkan Ahli Parlimen Bandar Baru Kulim, Zulkifli Nordin adalah berkaitan tindakannya membuat laporan terhadap rakan parti gabungan, bukannya isu kalimah Allah.
Hal ini ditegaskan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail yang menyatakan lembaga disiplin itu tidak memberi tumpuan kepada pendirian Zulkifli berhubung isu kalimah Allah yang berbeza dengan parti.
Saifuddin berkata demikian kepada TV Selangor apabila diminta mengulas mengenai tindakan Zulkifli yang menjadikan kehadiran tiga daripada empat panel bukan Islam sebagai alasan menghalalkan perbuatan meninggalkan sidang Lembaga Disiplin.
Panel Lembaga Disiplin itu terdiri daripada Tuan Syed Kamarulzaman selaku Pengerusi Lembaga, Chew Swee Yoke, Goh Keat Peng dan P Kumar.
"Zulkifli dihadapkan ke lembaga displin bukan kerana pendiriannya dalam isu kalimah Allah, sebaliknya kerana tindakannya membuat laporan polisnya terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
Pada 23 Januari lalu, Zulkifli memfailkan laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad selepas pemimpin Pas itu berkata Enakmen Agama Bukan Islam Selangor 1988 perlu dikemas kini mengikut peredaran semasa.
Sebelum ini, perbalahana Zulkifli dan Khalid sekitar isu kalimah Allah dalam blog dan sidang media masing-masing berpanjangan hingga kesempatan itu diambil media arus perdana untuk memutar belit fakta.
"Parti menghormati perbezaan pendapat. Parti mempunyai pendirian dalam isu kalimah Allah, dan kebetulan pendirian Zulkifli berbeza dari parti tetapi parti tidak bertindak.
"Akan tetapi, kerana beliau menyerang parti rakan (dengan membuat laporan polis terhadap Khalid mengikut Akta Hasutan), Zulkifli disiasat," katanya.
Terdahulu, Zulkifli pada sidang media selepas meninggalkan sidang lembaga disiplin di ibu pejabat PKR di sini, turut enggan mengiktiraf lembaga disiplin berkenaan.
Mengulas hal itu, Saifuddin, Ahli Parlimen M achang menyifatkan tindakan Zulkifli meninggalkan sidang berkenaan sebagai tidak menghormati Lembaga Displin sebagai salah satu institusi penting PKR. -TVS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam Tuan,
Saya masih keliru dengan PKR. Kes Zulkifli Noordin bukan kerana kalimah Allah, tetapi kerana membuat laporan polis terhadap Khalid Samad? Tapi kes yang dilaporkan itu juga berkaitan dengan Islam. Jika berkaitan Islam, sepatutnya panel perlu Islam juga, supaya mudah pemahaman perbincangan kelak.
Sepatutnya Zul ni kena pi buat report polis ttg kes2 lain yg lebih mencabar...yg dilakukan oleh umno atau ngo lain yg lebih besar kesannya seperti menentang kes sebat tu contohnya..
Tapi yg dia dan khalid tau hanyalah dok pi bekelai sesama depa...
Bukannya depa tak tau bahawa yg puak umno ni hanya dok tunggu peluang utk memutar belitkan any kes saja demi nyawa politik mereka...
Inilah akibatnya bila masing2 dok nampak lebih pandai dari orang lain...
Gah tak bertempat...
Kononnya mereka lah hero penyelamat...
Memalukan!
Post a Comment