16 March 2010

Tidak dibenar bahas usul, MP Pakatan keluar dewan



Ahli parlimen Pakatan Rakyat bertindak keluar dewan hari ini selepas tidak dibenarkan membahaskan usul yang dibentangkan oleh Kementerian Dalam Negeri. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein membentangkan usul mengarahkan ketua polis negara supaya memastikan jalan dan laluan ke Parlimen dibuka sepanjang masa tanpa sebarang halangan kepada ahli parlimen. Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaafar kemudian bangun dan meminta usul tersebut dibahaskan kerana mendakwa berlaku kekeliruan berhubung status jawatan ketua polis negara yang didakwa akan berlaku perubahan dalam masa terdekat. Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Ronald Kiandee bagaimanapun kemudiannya meluluskan usul tersebut selepas mendapat sokongan majoriti sewaktu pengundian lisan, tanpa membukanya untuk dibahaskan.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese