19 March 2010

Solat Hajat Memohon Supaya Royalti Di Kembalikan




Batu Burok, KUALA TERENGGANU - Solat Hajat memohon keberkatan dari Allah SWT, agar seluruh rakyat negeri Terengganu dicucuri rahmat dan dikembalikan semula wang pembayaran royalti telah didirikan oleh 500 jamaah di Masjid Tengku tengah Zaharah (Masjid Terapung) disini semalam.

”Telah sepuluh tahun (pembayaran royalti) tidak diperolehi oleh rakyat negeri Terengganu, jadi insyaAllah, mudah-mudahan Allah memberikan kebaikan (dengan solat hajat ini) kepada rakyat Terengganu,”kata Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik membuat pengumuman mewakili 70 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menganjurkannya.

”Oleh kerana itu MAMPAT (Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu) dengan lebih 70 pertubuhan (yang bergabung) didalam negeri Terengganu, malam ini memohon (dengan solat hajat),”ujarnya,

Menurutnya, solat hajat yang diadakan di masjid tersebut, adalah pelancaran program munajat seluruh negeri memohon kepada Allah, dengan diikuti solat-solat hajat yang akan didirikan di kawasan dan qaryah masing-masing.

”InsyaAllah dilancarkan solat hajat itu pada malam ini, dan berikutnya (seterusnya) sehinggalah Allah memberi kepada kita pengembalian royalti,”katanya.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese