17 March 2010

‘Seni Pertahanan’ Untuk Jati Diri Dan Mempertahankan Islam

Jerteh, BESUT - Dewan Pemuda Pas Kawasan Besut bergerak maju setapak lagi dengan menubuhkan pasukan seni mempertahankan diri dalam usaha meningkatkan jati diri ahli-ahlinya.

Majlis Pelancarannya telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abd Rani di Dewan Haji Salleh, Alor Lintah dekat sini semalam.

(Gambar - seni Tomoi turut mendapat perhatian pemuda untuk dipelajari)

Menurut Ketua Pemuda PAS Kawasan Besut Ustaz Zulkifli Kadir, pihaknya merancang untuk membuka sekurang-kurangnya satu gelanggang silat bagi setiap DUN.

Dengan itu, katanya, ia akan membuka peluang kepada seluruh pemuda dalam daerah Besut mendalami seni mempertahankan diri yang menjadi pusaka bangsa itu.

Sementara itu, Ustaz Azman Shapawi berkata seni mempertahankan diri merupakan satu cabang riadah Islamiah.

”Bahkan kita akan mendapat pahala jika kita belajar (seni pertahanan diri) demi untuk mempertahankan Islam,”katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian.

Nabi Muhammad SAW, kata beliau, pernah mengajar para sahabat cara-cara untuk memanah dan berlawan pedang.

Beliau turut memuji usaha yang di lakukan oleh Pemuda PAS Besut yang diharapkan akan menjadi contoh ikutan kepada seluruh pemuda di kawasan-kawasan lain.

Turut hadir dan menyampaikan ucapan adalah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, saudara Suhaizan Kayat.

1 comment:

pemuda wangsa maju said...

salam..tolong link kan blog hamba...tq

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin