06 March 2010

PKR pecat Zulklifi Noordin



Ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Perkara tersebut diumumkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya petang ini.

Sehubungan itu, Zulklifi juga diminta mengosongkan kerusi parlimen Kulim-Bandar Bharu yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008.

Bagaimanapun, Zulklifi dibenarkan membuat rayuan dalam tempoh 14 hari berhubung pemecatan itu.

Dua hari lalu, Zulkifli dihadapkan ke lembaga jawatankuasa disiplin PKR tetapi bertindak keluar selang sejam kemudian.

Beliau dihadapkan ke jawatankuasa itu bagi memberi penjelasan berhubung bidasannya terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan membuat laporan polis ke atas ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Zulklifi mendakwa panel yang sepatut menentukan masa depannya hari ini sepatutnya dianggotai oleh orang Islam kerana ia membabitkan penggunaan isu kalimah Allah dan agama Islam.

Dakwaannya itu bagaimanapun ditolak dan menurut setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution, kes Zulklifi itu tiada kena mengena dengan isu kalimah Allah.

3 comments:

Samdol said...

Alhamdulillah....termakbul lah doa dan harapan Rakyat Kulim BB..... Kami menyokong penuh lembaga Disiplin Parti. Biaq dia jadi kupang tembaga lepas ni. Dok tunjuk ego dan ketegak dia aje. Rakyat diabaikan lansung......Rakyat Kulim dah cukup sengsara dengan malaun ni terutamanya Pimpinan PKR dan Pas Kawasan....LETAK JAWATAN SEGERA!!!!!

Anonymous said...

Got sack already, no more value. How about $5k. The other chinese guy got 2 packets of menglembu groundnuts and two packet of $5 ringgit ang pow only. That's why he is fighting belum resign lagi, that he only complains about LGE, he withdraws remarks on Syed Husin only

Anonymous said...

Pandai mamat ni gelarkan orang lain furaun kecil seolah-olah dia tu bagus sangat. Mengikut fahaman aku yang jahil ni, kalau dia mengutuk orang dengan gelaran yang menghina sedemikian, gelaran itu akan jatuh kepadanya.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin